info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Staf kedai serbaneka dedah taktik pelanggan curi makanan, 'sebiji' macam tikus!

Lead Image

DALAM situasi tertentukesempitan hidup menyebabkan seseorang terpaksa mencari jalan singkat dengan melakukan jenayah termasuklah mencuri.

Tindakan mengambil barang tanpa membuat pembayaran bukan sahaja melanggar undang-undang malah memberi kesan kepada diri sendiri jika ditangkap.

Seorang individu dipercayai bekerja di sebuah rangkaian kedai runcit popular mendedahkan cabaran yang sering dihadapi pekerja berhubung taktik baharu 'tikus jelmaan' yang mengambil makanan dan minuman tanpa membuat bayaran.

Menurutnya, individu yang melakukan taktik itu mengambil makanan di kedai serbaneka dan makan secara bersembunyi sebelum meninggalkan sisa di rak. 

Taktik membuka bungkusan produk sebelum meninggalkannya di rak didakwa antara perbuatan sering berlaku di sesetengah kedai runcit.

"Cara pencuri sekarang memang banyak. Ingat tak ada orang nampak, tapi setiap perbuatan ada akibatnya," kongsinya menerusi Threads.

Jelas individu itu, kedai tempatnya bekerja sememangnya mempunyai sistem pemantauan tetapi liputannya terhad dengan tidak semua kawasan dapat dipantau.

"Bukan nak cakap besar, pertama, kedai ni tak macam kedai lain ada kamera litar tertutup (CCTV) di setiap lorong. Jadi susah sikit nak nampak.

"Kedua, staf masa ini tengah sibuk topup barang. Kerja kami bukan nak duduk perhatikan tingkah laku pelanggan sahaja. Mata kami ada dua, badan ada satu," katanya.

MENARIK DIBACA: Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru

MENARIK DIBACA: Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran

Tambahnya, jumlah lorong dan rak yang banyak menyebabkan pekerja tidak menyedari tindakan tertentu pelanggan.

"Lorong barang ada banyak, jadi ada ketika kami tak perasan," jelasnya.

Menurutnya lagi, keadaan kedai yang sentiasa menerima kunjungan pelanggan turut menjadi faktor pekerja sukar memberi perhatian kepada setiap individu.

"Kedai tak selalunya sunyi. Ada masa kedai diserbu pelanggan, ada juga yang minta tolong ambil dan angkat barang.

"Pengalaman pertama kali kerja, waktu genting tu buat saya panik. Tapi sekarang sudah terbiasa," ujarnya.

Katanya, situasi ketika semua staf sibuk menjalankan tugas sering diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Jadi, masa semua staf tengah sibuk buat kerja, waktu ini juga diambil (kesempatan) 'tikus jelmaan' untuk buat kerja juga. Sekian pencerahan saya," katanya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai khususnya dalam kalangan pekerja di sektor runcit yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Malah, ada yang memuat naik gambar makanan didakwa dibuka atau diambil sebahagian sebelum ditinggalkan semula di rak.

Antara yang dikongsikan termasuklah penemuan mi segera tanpa perencah, coklat diambil sebahagian serta minuman kotak telah dibuka.

Kesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan kerugian pada pembeli.

"Curi perencah. Kalau pulangkan belum tentu dapat sebab tak cukup bahan dalam.

"Coklat pun sama. Mendidih darah tahan geram, dia boleh tinggalkan baki coklat dekat tempat tak ada CCTV. Dah macam gaya tikus makan.

"Paling sakit hati bila jumpa macam ni. Air kotak lagi banyak dah buka. Tak tahu jenis manusia macam mana," kongsi beberapa individu, dipercayai pekerja kedai serbaneka.

Walaupun kes kehilangan barang di kedai dianggap biasa oleh sesetengah pihak, perbuatan mencuri atau merosakkan produk tetap memberi kesan kepada perniagaan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Biskut coklat popular dipercayai tak halal, pewarna berasal dari kumbang cochineal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Berlengah jumpa doktor lepas tercekik tulang, pesakit rebah dan akhirnya maut

Terhangat