Wanita kecewa kunafa masam tak lama lepas dibeli, rupanya ramai pelanggan lain dah 'terkena'!
KETERUJAAN seorang wanita menikmati kunafa strawberi coklat bertukar kecewa selepas mendakwa rasa manisan yang dibelinya itu tidak seperti diharapkan.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia membeli manisan tersebut di sebuah kedai di Meru, Klang sekitar jam 6 petang pada 21 Ogos lalu.
Menurutnya, selepas membuat pembelian dia sempat menikmati dua biji strawberi dan menyimpan bakinya di dalam peti sejuk.
Bagaimanapun, sekitar jam 10 malam, dia mendakwa kunafa berkenaan sudah berasa masam, selain teksturnya lemau walaupun baru beberapa jam dibeli.

"Buka je penutup, bau masam gila. Kunafa lemau walaupun baru beli dan makan pukul 6 lebih tadi," katanya.
Lebih mengecewakan, wanita itu turut mendakwa kunafa itu mempunyai rasa seperti pandan, sekali gus membuatkan pengalaman menikmati manisan tersebut berbeza daripada kunafa yang pernah dibelinya di tempat lain.
“Kunafa dalam tu rasa macam pandan. Pernah beli kat tempat lain tak macam ni pun. Improve lagi lepas ni awak (peniaga)," ujarnya.
MENARIK DIBACA : Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’
MENARIK DIBACA : Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna Threads lain apabila mendakwa pernah berdepan pengalaman serupa selepas membelinya di kedai yang sama.
"Ya Allah yes, done try. I tak nak komen apa-apa tapi real rasa pandan, warna kunafa buat I tak selera. Berry donut pun rosak. I balik rumah masuk peti ais, tahu-tahu berair gila.

"Kemudian try makan semua buah tu busuk. OMG, sorry tapi padanlah harga, cukup sekali," katanya.
Seorang lagi pengguna pula mendakwa suaminya terus memuntahkan semula mochi dipercayai dibeli di kedai sama selepas mencubanya kerana rasa dan bau kurang menyenangkan.
“Ya, agree! Husband try mochi seketul terus dia luah semula dan tanya kenapa macam berbau. Sebabnya beli petang, balik masuk peti ais dan makan masa dinner tadi," katanya.