Pekat, rasa 'terangkat'! Ini jenis ikan paling sedap dibuat kuah laksa, kembung paling popular
BAGI penggemar laksa, pemilihan ikan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuah yang cukup rasa, pekat dan menyelerakan.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita bertanyakan pendapat kepada peminat laksa mengenai jenis ikan yang paling sesuai digunakan untuk menyediakan hidangan popular itu.
"Peminat laksa kepada peminat laksa, ikan apa yang sedap kalau buat laksa? Aku selalu guna ikan kembung dengan ikan sardin je. Share please," tulisnya.
Di ruangan komen, pertanyaan itu dihujani pelbagai respon netizen yang tampil berkongsi pilihan ikan masing-masing untuk memasak laksa.
Ikan yang paling banyak menjadi pilihan ialah ikan kembung, ikan sardin, ikan tongkol, ikan Selayang dan beberapa jenis ikan lain.
"Ikan parang trust me, letak seketul ikan kurau masin tu, guna pressure cooker kemudian kisar tulang okay je halus.
"Saya suka tambah ikan tongkol sebab isinya tebal dan kuah akan jadi lebih pekat dan sedap.

"Ya, ikan kembung sedap dan mudah. Selain tu ikan Selayang pun okay tapi kuah akan sedikit keruh. Kalau saya guna 70 peratus ikan kembung dan 30 peratus Selayang.
"Kakak saya selalu buat guna ikan Selayang sebab isi banyak. Kuah akan jadi pekat likat melikat," antara komen netizen.
Tidak kurang juga yang menggemari ikan temenung atau dikenali ikan kembung kerana dikatakan memberikan rasa lemak pada kuah.
"Ikan temenung tangsi lemak. Ish sedap terangkat. Kalau tak guna ikan berlemak kurang sikit (rasa)," komen salah seorang warganet.
MENARIK DIBACA: Pelanggan puas hati, staf akhirnya akur buat snek 'sebiji' poster promosi - "Nak macam gambar iklan"
MENARIK DIBACA: 15 mi segera terbaik di dunia, dari Malaysia pun masuk 'ranking'
Sebahagian pencinta laksa pula berkongsi teknik mencampurkan beberapa jenis ikan untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat dan berlemak.
"Saya guna ikan tongkol, kembung, sardin, pekat berlemak elok.
"Ikan temenung lemak campur ikan sardin/selayang. Kalau kak ipar saya dia suka guna ikan temenung lemak dengan ikan kayu.

"Kalau saya buat ikan kembong, ikan sardin, kepala ikan parang, laksa elok jadi hehe.
"Kembung dan sardin/selayang saja sedap. Ikan mamong atau dikenali mabong isi banyak tapi tekstur kasar jadi kuah akan terlalu pekat. Kalau yang suka begini boleh guna ikan ni," komen warganet lagi.
Bagi sesetengah peminat laksa pula, penggunaan ikan sardin sahaja sudah mencukupi.
"Baru buat semalam. Pakai ikan sardin saja.
"Pakai saba mackerel pekat elok kejadiannya," komen netizen lagi.
Bagi peminat laksa tegar, apa sahaja jenis ikan boleh digunakan asalkan bahan utama itu segar.

"Ikan parang, ikan masin kurau atau ikan kembung yang penting segar," kata seorang netizen.
Jarang dibuat orang, seorang netizen turut berkongsi bahawa ibunya pernah menggunakan ikan kacang kerana dikatakan mampu menghasilkan kuah laksa yang lebih sedap.
"Mak saya pernah cakap guna ikan kacang, kuah laksa akan jadi lagi sedap," katanya,
Seorang peniaga pula tampil berkongsi pengalamannya menggunakan beberapa jenis ikan.
"Untuk makan boleh cuba tukar-tukar ikan untuk rasa kelainan. Tapi kalau saya buat untuk beniaga saya guna sepenuhnya ikan sardin hitam. Tapi dekat tempat saya dah mahal RM15.90 sekilo," kongsinya.