info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Tambah bunga kantan, sambal ayam biasa-biasa bertukar sedap lain macam!

Lead Image

BUKAN semua rahsia memasak boleh diperolehi daripada cef terkenal atau buku resipi.

Adakalanya petua paling berkesan datangnya daripada perkongsian ringkas di media sosial.

Seperti perkongsian Iqa, dia berkongsi petua mudah menambah keenakan sajian sambal ayam hanya dengan menggunakan bunga kantan sehingga akhirnya mengundang pelbagai reaksi pencinta makanan.

Menurut Iqa, selain daun kesum sering digunakan bagi menaikkan aroma masakan, dia turut menambah bunga kantan ke dalam sambal ayam bagi memberikan rasa dan bau lebih harum.

"Selain daun kesum, saya suka letak bunga kantan juga dalam sambal ayam. Nak lagi padu letak kemangi, tapi susah nak jumpa. Kalau tanam, asyik mati," kongsinya di Threads.

Perkongsian individu ini mengenai tip menambah bunga kantan dalam sambal ayam membuatkan ramai tak sabar mencuba sendiri.

Tambahnya lagi, bagi mereka yang kurang gemar tekstur bunga kantan, bahagian tengahnya yang lembut boleh digunakan dengan cara dihiris halus sebelum dimasukkan dalam sambal.

"Rasa bunga kantan ni biasa, melainkan awak memang tak suka. Caranya boleh juga guna bahagian lembut tengah, lepas tu potong halus.

MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

MENARIK DIBACA: Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR

"Sambal ayam akan terasa lebih wangi. Kalau potong kasar pula, setiap gigitan lebih sedap," jelasnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang mengakui tidak pernah terfikir menggunakan bunga kantan dalam sambal ayam, walaupun bahan itu sering dijadikan ramuan dalam asam pedas, laksa atau kerabu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji idea berkenaan malah ada yang berkongsi bahan lain yang turut digunakan untuk menyedapkan sambal mengikut cita rasa masing-masing.

Reaksi netizen.

"Sedapnya. Nanti nak tiru cara ni. 

"Suka letak bunga kantan dalam sambal juga, kadang letak daun ketumbar.

"Nampak sedap, mesti rasa pun sedap ni.

"Love bunga kantan, tak perlu risau mesti sedap," antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Pekat, rasa 'terangkat'! Ini jenis ikan paling sedap dibuat kuah laksa, kembung paling popular

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran

Terhangat