info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Makanan dihurung semut masih boleh dimakan? Ini penjelasan sudut Islam dan kesihatan

Lead Image

PASTI ramai pernah berdepan situasi makanan yang disimpan atau ditinggalkan dihurung semut.

Jika jumlah semut terlalu banyak, biasanya makanan tersebut akan terus dibuang. 

Bagaimanapun jika jumlahnya cuma beberapa ekor, biasanya semut-semut itu akan disingkirkan kerana menganggap makanan tersebut masih selamat dimakan.

Pernah tak anda tertanya adakah makanan yang telah dihurung semut itu betul-betul selamat dimakan?

Semut bergerak di pelbagai permukaan sebelum hinggap pada makanan, termasuk kawasan yang mungkin kotor.

Jawapannya, ia bergantung kepada dua aspek iaitu dari segi hukum Islam serta tahap kebersihan dan keselamatan makanan itu sendiri.

Memetik laman Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, makanan yang telah dihurung atau dihinggapi semut masih dianggap suci dan halal untuk dimakan, selagi makanan tersebut tidak rosak.

Bagaimanapun, semut perlu dibuang terlebih dahulu kerana Islam melarang perbuatan makan semut secara sengaja kerana hukumnya haram.

Justeru, kehadiran semut pada makanan tidak menjadikan makanan itu haram, sebaliknya kita perlu memastikan serangga tersebut disingkirkan sebelum ia dinikmati seperti biasa.

MENARIK DIBACA: Ali Reza mengaku pandai masak, 'enjoy' masuk dapur - "Mak tengok atas, bawah"

MENARIK DIBACA: Nasi kentut unik dari Medan... Awalnya bau tak enak, harum satu dapur lepas dimasak

Dari perspektif keselamatan makanan pula, perkara ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan semut bergerak di pelbagai permukaan sebelum hinggap pada makanan, termasuk kawasan yang mungkin kotor.

Justeru, ia berpotensi membawa kotoran atau mikroorganisma yang boleh mencemari makanan yang terdedah. 

Malah kajian turut menunjukkan risiko pencemaran juga menjadi lebih tinggi sekiranya makanan tersebut bersifat lembap, berkuah atau telah dibiarkan terdedah dalam tempoh yang lama.

Semut haram dimakan dengan sengaja.

Makanan yang dikerumuni banyak semut, terutama makanan basah atau sedia dimakan, sebaiknya dibuang kerana sukar untuk memastikan tahap kebersihannya. 

Jika semut hanya berada di bahagian luar bungkusan makanan yang masih tertutup rapat, permukaan bungkusan tersebut hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum dibuka. 

Ini dapat mengurangkan risiko kotoran atau mikroorganisma berpindah ke makanan ketika bungkusan dibuka.

Sebaiknya makanan perlu disimpan dalam bekas tertutup supaya tidak dihurung semut.

Kehadiran seekor atau dua ekor semut pada makanan tidak semestinya akan menyebabkan penyakit, namun sebagai langkah selamat, seseorang itu perlu mengutamakan kebersihan dan juga keselamatan.

Sebagai langkah pencegahan, simpan makanan di dalam bekas bertutup rapat supaya kekal bersih, segar dan terlindung daripada serangga serta pencemaran. 

Dengan cara ini, makanan bukan sahaja kekal halal untuk dimakan, malah lebih terjamin dari sudut kebersihan dan keselamatan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jenis-jenis makanan dan tempoh pencernaan dalam sistem usus, tembikai paling cepat diproses

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ketahui fakta menarik kelapa, dari mana datangnya air dalam buah?

Terhangat