KUALI | Tip & Trik

Tip simpan beras guna bawang putih, tahan 4 tahun... Boleh letak dalam bekas, beg vakum

Lead Image

PELBAGAI teknik diamalkan sama ada secara tradisional mahupun moden, bagi memastikan bekalan makanan asas seperti beras, kekacang dan bijirin yang disimpan untuk jangka masa panjang selamat dimakan.

Terbaharu, seorang wanita dikenali sebagai Shafeeca di Threads menarik perhatian ramai apabila berkongsi kaedah menyimpan beras menggunakan bawang putih didakwa mampu memanjangkan jangka hayat sehingga beberapa tahun. 

"Prep beras cara kami laki bini. Tak perlu jemur beras, tak perlu sangai beras, tak perlu simpan dalam peti ais, hanya guna bawang putih dan masuk dalam bekas," tulisnya ringkas.

Menurut perkongsian itu , setiap bekas diisi sekitar 400 gram beras dan bagi 10 kilogram beras, kira-kira 25 bekas diperlukan dengan sistem FIFO (first in first out) bagi memastikan penggunaan lebih teratur.

Bahan lain diperlukan untuk simpan beras adalah bekas plastik berpenutup sangat senang untuk dicuba di rumah.

Cara penyediaannya juga dibuat secara berperingkat dan untuk lapisan pertama, beras diisi separuh bekas bersama tiga hingga empat potongan kecil bawang putih. 

Manakala lapisan kedua pula, beras diisi hingga penuh sebelum ditambah dua potongan kecil bawang putih lagi.

MENARIK DIBACA: Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi

MENARIK DIBACA: Pincuk timun buka selera, sesuai padan dengan nasi tomato ganti jelatah... Ratah pun 'layan'!

"Pastikan beras betul-betul penuh. Kalau goncang bekas masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong. Kena penuhkan sampai tak ada bunyi,” jelasnya.

Tambahnya lagi, penggunaan bawang putih dalam simpanan beras itu dipercayai menjadi antara faktor utama yang menghalang kehadiran kutu beras. 

Bawang putih dapat menghalau kutu beras kerana aromanya yang menyengat.

"Alhamdulillah, selama kami guna cara masukkan potongan bawang putih dalam tong simpanan beras, kutu beras langsung tak ada. Ini usaha kami dengan izin-Nya," kongsinya.

Menerusi ruangan komen, wanita itu juga memberitahu bahawa dia tidak mengupas bawang putih digunakan dan cara itu digunakan sebagai alternatif untuk menyimpan beras menggunakan beg vakum . 

Katanya, bawang putih yang digunakan juga tidak busuk malah menjadi kering elok dalam simpanan bersama beras. 

Perkongsian itu mencuri perhatian warganet terutama mereka yang ingin membuat simpanan makanan untuk jangka panjang. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

10 sayur mudah tanam di ruang kecil, cepat dapat hasil... Di apartment pun boleh berkebun!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Hanya masukkan 2 bahan dapur, tong sampah anda takkan berulat dan tiada bau busuk

Terhangat