Tip mudah cuci kerak nasi melekat di periuk, tak payah gigih sental
MASALAH kerak nasi yang melekat di bahagian dalam periuk bukan sahaja menyukarkan proses mencuci, malah berisiko merosakkan permukaan jika disental menggunakan span kasar.
Keadaan ini sering berlaku dan mendorong ramai mengambil jalan mudah dengan menyental kuat atau mengikis menggunakan sudu serta berus dawai, sedangkan terdapat kaedah lebih mudah, selamat dan berkesan.
Seorang individu berkongsi tip ringkas menggunakan bahan sedia ada di rumah bagi menanggalkan kerak nasi tanpa menjejaskan permukaan periuk.
Bahan-bahan
1. Air secukupnya
2. Sabun basuh pinggan
3. Cuka (1 sudu)
4. Baking soda (1 sudu)

Bahan-bahan perlu dididihkan.
Cara mencuci
1. Tuang air sehingga menutupi keseluruhan bahagian kerak nasi.
2. Masukkan sedikit sabun basuh pinggan.
3. Tambahkan satu sudu cuka dan satu sudu baking soda.
4. Didihkan campuran sehingga larutan berbuih dan menggelegak.
5. Apabila kerak mula tertanggal, gosok menggunakan span cuci pinggan biasa untuk menanggalkan sisa yang masih melekat.
Kaedah ini membantu melembutkan kerak dengan lebih cepat tanpa perlu menyental secara kasar, sekali gus mengekalkan ketahanan permukaan periuk.