Pati oren mampu hilangkan lendir siput sedut dalam masa sejam, ada beza dengan guna perahan limau
SIPUT sedut, salah satu hidangan laut kaya dengan rasa enak dimasak dalam gulai lemak cili api pedas berlemak.
Tapi, ada satu masalah sering mengganggu selera - lendir siput kadangkala terperangkap dalam kuah menyebabkan rasa tidak selesa ketika makan.
Usah khuatir, ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini hanya menggunakan pati oren bagi membantu menghilangkan lendir siput ini dalam masa sejam sahaja.

Pati oren mengandungi asid membantu menguraikan lendir dan hilang dalam air rendaman.
MENARIK DIBACA : Jangan dicuci kalau belum nak masak! Ada cara simpan taugeh agar tetap segar dan tak hitam
MENARIK DIBACA : Air garam dan kulit buah-buahan bantu hilangkan hanyir, tiada lagi bau ‘ikan’ selepas seharian di dapur
Selain membantu menghilangkan lendir, pati oren juga memberikan sedikit rasa asam membantu menyegarkan siput sedut, menjadikan hidupan laut ini lebih lazat semasa dimasak.
Jadi, sebelum masak siput sedut boleh cuba petua menarik menghilangkan lendir siput sedut agar hidangan menjadi lebih enak dan bebas lendir.
Bahan-bahan
- Pati oren
- Air secukupnya untuk merendam siput sedut
- Siput sedut dibersihkan

Cara penyediaan
- Campurkan 3 sudu besar pati oren dengan air secukupnya dalam satu bekas besar.
- Masukkan siput sedut ke dalam campuran pati oren dan air. Pastikan siput terendam sepenuhnya.
- Biarkan siput sedut merendam selama lebih kurang 1 jam. Perhatikan air menjadi keruh.
- Angkat siput dan bilas dengan air sejuk beberapa kali untuk menghilangkan baki pati oren dan lendir.