Kaki ayam bukan sahaja kaya kologen, boleh kawal gula dalam darah dan kurangkan sakit sendi
RAMAI pasti rasa geli bila tengok kaki ayam, apatah lagi membayangkan tapak kaki yang kotor dan berselut.
Tapi tahukah anda, di sebalik rupa luaran yang kurang menyelerakan itu, kaki ayam sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat kesihatan, terutamanya untuk kecantikan kulit dan rambut?
Kalau anda obses nak kulit glowing, rambut tebal bersinar, mungkin dah tiba masa unuk tukar persepsi terhadap kaki ayam ini!
Memetik portal kesihatan Health Line, kaki ayam merupakan salah satu sumber kolagen yang mampu memberi manfaat berikut:

1. Menyihatkan kulit.
Kolagen iaitu sejenis protein penting untuk mengekalkan kelembapan, keanjalan dan ketegangan kulit.
Menurut kajian, pengambilan kolagen secara konsisten terbukti mampu mengurangkan masalah selulit serta memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen daripada kaki ayam menyokong peningkatan tahap asid hyaluronik dalam badan yang baik untuk memperlahankan proses penuaan kulit.

2. Meningkatkan kesihatan rambut
Bukan sahaja baik untuk kulit, kolagen terdapat dalam kaki ayam memainkan peranan penting dalam menyuburkan rambut dari dalam.
Pengambilan secara berkala dapat merangsang pengeluaran keratin yang menguatkan struktur rambut.
Keratin yang mencukupi membantu menguatkan helaian rambut, mengurangkan risiko keguguran serta menjadikan rambut nampak lebih sihat dan bermaya.

3. Melancarkan sistem penghadaman
Selain kolagen, kaki ayam juga mengandungi gelatin yang bermanfaat untuk kesihatan sistem penghadaman.
Gelatin ini berfungsi menenangkan serta meningkatkan lapisan saluran penghadaman, sekali gus membantu mengurangkan keradangan dan ketidakselesaan perut.
Bukan itu sahaja, proses percernaan akan menjadi lancar dengan adanya fungi gelatin yang ningkatkan kecekapan penyrapan nutrient dalam usus.

4. Mengurangkan sakit sendi
Banyak kebaikan yang terdapat dalam kandungan kolagen pada kaki ayam termasuk menguranka kesakitan pada sendi.
Ini kerana merangsang pertumbuhan semula tisu rawan, sekali gus mengurangkan gejala osteoarthritis seperti rasa nyilu, kekakuan, dan kesukaran bergerak.

5. Mengawal gula dalam darah
Sementara itu, khasiat kolagen juga dapat mengawal paras gula dalam darah.
Kajian mendapati bahawa kolagen dapat merangsang penghasilan hormon glucagon-like peptide-1 (GLP-1), iaitu hormon yang merangsang pengeluaran insulin.