KUALI | Nutrisi

Kentut busuk bukan salah telur semata-mata, kobis dan kacang pun boleh jadi punca... Minum air putih cara mudah selesai masalah

Lead Image

KENTUT yang berbau busuk biasanya akan dikaitkan dengan tabiat seseorang suka makan telur rebus.

Namun hakikatnya terdapat pelbagai banyak makanan lain yang menjadi penyebab kentut seseorang berbau busuk.

Sayuran seperti kobis, kobis bunga dan brokoli tergolong dalam kategori cruciferous yang cukup kaya dengan manfaat kesihatan seperti antioksidan selain tinggi serat.

Kategori sayuran ini turut tinggi dengan kandungan glukosinolat iaitu sulfur semula jadi punca kepada bau kentut menyengat.

Kobis, brokoli dan kacang tergolong dalam kumpulan makanan tinggi sulfur.

Selain itu, kacang pula padat dengan kandungan oligosakarida dan sulfur sukar dihadam.

Kedua kandungan itu menyebabkan proses penapaian dilakukan bakteria dalam usus besar dan mengeluarkan gas berbau.

Makanan lain seperti bawang besar, bawang putih dan daging merah juga tinggi sulfur sukar dihadam mendorong kepada masalah bau kentut.

Jika ingin elak dari bau kentut anda terlalu busuk, kurangkan pengambilan sajian berasaskan daging dan bawang.

Jangan bimbang jika kentut busuk kerana ia tanda usus sihat dan sistem pencernaan berfungsi dengan baik. 

MENARIK DIBACA:  Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Ahmad Huzaifah Usoh@yuspff berkata, kentut berbau tidak berbahaya.

“Bakteria seperti desulfovibrio adalah bakteria menggunakan sulfur untuk menghasilkan hidrogen sulfida. 

“Semakin banyak bakteria dalam usus, semakin banyak hidrogen sulfida terhasil. 

“Apabila diproses dalam sistem penghadaman boleh menghasilkan gas sangat tidak menyenangkan baunya,” kongsinya. 

Telur antara makanan tinggi sulfur menjadi punca kentut menyengat.

Tambah Ahmad Hizaifah, pengambilan kumpulan makanan berkenaan masih boleh diteruskan kerana kandungan nutrisi tinggi dan baik untuk kesihatan badan.

“Cuba kurangkan kuantiti pengambilan. Contohnya sehari dua biji telur namun tidak semestinya berkesan. 

“Proses pencernaan dan toleransi usus bergantung kepada individu jadi lebih baik pastikan sendiri makanan mencetus masalah bau badan,” kongsinya.

Jika mahu elak kentut lebih busuk, kongsinya seseorang itu boleh cuba amalkan prebiotik dan probiotik membantu mengurangkan bau kentut busuk. 

Pengambilan teh hijau dan yogurt membantu kurang bau kentut busuk.

“Minum teh halia atau pudina bantu kurangkan angin dalam usus.

“Ambil yogurt atau minuman berkultur bagi menambahkan probiotik dalam usus.

“Paling mudah minum air kosong mencukupi untuk membantu melancarkan proses pencernaan dan penghadaman,” katanya. 

Namun, jika kentut terlalu kerap atau disertai dengan tanda lain seperti kembung melampau atau sakit perut, sebaiknya dapatkan nasihat doktor.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kulit nanas banyak manfaat untuk kecantikan, boleh dijadikan pelembap dan mampu kurangkan jerawat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kaki ayam bukan sahaja kaya kologen, boleh kawal gula dalam darah dan kurangkan sakit sendi

Terhangat