KUALI | Tip & Trik

Elak masuk tong sampah, ikut langkah-langkah ini agar bahan basah tahan lama dalam peti sejuk

Lead Image

PASTI ada di antara kita selalu 'dirasuk' semangat ke dapur sampai lupa diri apabila membeli barang-barang basah di pasar raya untuk dimasak sebab ingin menikmati juadah air tangan sendiri.

Tapi semangat itu hilang setibanya di rumah sebab sudah kepenatan dan barang-barang dibeli terbiar di dalam peti sejuk sehingga rosak dan akhirnya masuk ke dalam tong sampah.

Lepas ini harap-harapnya perkara serupa tidak berulang sebab Kuali kongsikan beberapa tip agar barang basah dibeli seperti ikan dan sayur-sayuran boleh tahan lama sehingga tiba 'rajin' nak ke dapur.

Pilih tomato yang masih mempunyai tangkai untuk lambatkan proses lambat menjadi busuk.

1. Tomato

Tomato memang cepat menjadi lembik dan busuk walaupun disimpan di dalam peti ais.

Bagi mengelakkan pembaziran, sebaik-baiknya pilih tomato yang masih mempunyai tangkai kerana ia masih dapat menyalurkan nutrisi kepada buah tersebut dan ia lambat menjadi busuk.

Elak membasuh buah berkenaan sebelum disimpan di dalam bekas tertutup yang kering agar ia dapat bertahan lebih lama.

Taugeh antara sayur-sayuran yang akan cepat layu dan busuk walaupun disimpan dalam peti sejuk.

2. Taugeh

Rendam taugeh dalam air bersih di dalam bekas tertutup dan simpan di bahagian chiller peti sejuk anda.

Pastikan bekas ditutup rapat agar tiada udara masuk. Bagi menjamin kesegarannya, ganti air di dalam bekas tersebut setiap hari.

Cuci tauhu di bawah air mengalir sebelum disimpan dalam bekas tertutup.

3. Tauhu

Tip paling penting adalah pastikan bahagian luar tauhu tidak berlendir atau mempunyai bau busuk sebelum dibeli.

Penting mencuci tauhu di bawah air mengalir sebelum disimpan dalam bekas tertutup.

Bagi memastikan tauhu tahan lama, isikan air dalam bekas sehingga tauhu terendam sepenuhnya. Sebaik-baiknya tukar air tersebut setiap hari.

MENARIK DIBACA: [V] Bau hanyir ‘potong’ selera makan! Ini petua cuci ikan guna 3 bahan

MENARIK DIBACA: Asalnya gurauan hasil AI, ‘selipar Jepun’ goreng kini jadi kegilaan

Jangan siang dan buang isi perut ikan kerana ia boleh mengekalkan kesegaran ikan ketika disimpan dalam peti sejuk.

4. Ikan segar

Elak membasuh ikan yang dibeli di pasar dan terus dimasukkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk beku.

Hendak lebih tahan lama, jangan siang dan buang isi perut ikan kerana ia boleh mengekalkan kesegaran ikan.

Jika ingin disimpan dalam ruang peti sejuk biasa, boleh lumurkan sedikit gula di atas ikan bagi memastikan isi ikan tidak mudah lembik atau hancur sebelum dimasak.

5. Sayur-sayuran

Seperti mana ikan, elak membasuh sayur-sayuran yang dibeli sebelum disimpan.

Sebaik-baiknya simpan dalam bekas kedap udara dan plastik ziplock untuk mengurangkan proses pengoksidaan dan kehilangan kelembapan.

Untuk sayuran berpasir seperti kangkung dan bayam, disarankan hanya bersihkan pasir yang melekat pada bahagian akar dan keringkan sebelum disimpan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Memang drama kalau suruh makan nasi... Ibu bapa boleh cuba 5 tip ini, gerenti anak terus berselera!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan terus goreng, makanan frozen pun perlu ‘me time’

Terhangat