Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur
SIAPA sahaja yang tidak suka telur rebus kan? Lagi sedap bila dinikmati bersama nasi lemak!
Tapi kadang-kadang bila nak mengupas, kulitnya pula melekat dan putih telur terkoyak memang boleh buat kita hilang selera.
Jangan risau, ada cara mudah untuk pastikan telur rebus jadi licin, cantik dan mudah dikupas setiap kali hendak makan.
Jom ikut trik yang Kuali kongsikan ini:

1. Guna telur lama
Telur yang sudah disimpan selama satu hingga dua minggu lebih mudah dikupas berbanding telur terlalu segar.
Telur lama mempunyai ruang udara yang sedikit lebih besar di hujungnya yang memudahkan kulit terlepas dari isi.

2. Air mendidih
Masukkan telur ke dalam air yang sudah mendidih dan bukannya air sejuk.
Kaedah ini membantu protein dalam putih telur mengeras dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko kulit melekat.
MENARIK DIBACA: 5 makanan ini punca ekzema makin teruk, jika tak elak boleh menggaru sampai luka
MENARIK DIBACA: 'Hantu laksa' musykil kena pantang makan lepas bersalin... Ramai kongsi kesan 'derhaka', doktor beri penjelasan

3. Teknik ‘crack and roll’
Selepas direbus, ketuk telur perlahan-lahan di atas permukaan keras sehingga retak di seluruh permukaan.
Kemudian gulung telur perlahan-lahan supaya kulit longgar sebelum dikupas. Teknik ini membuatkan proses kupas lebih mudah dan licin.

4. Rebus dengan garam, cuka atau minyak
Tambah satu sudu kecil garam, cuka atau minyak ke dalam air rebusan membantu kulit telur tidak melekat pada isi.
Ia juga memberi tekstur yang lebih halus pada permukaan telur.

5. Goncang dalam bekas
Masukkan telur yang sudah direbus ke dalam bekas bertutup berisi sedikit air kemudian goncang perlahan-lahan.
Cara ini meretakkan kulit secara sekata membantu memudahkan kupasan tanpa merosakkan isi telur.

6. Kupas dalam air
Kupas telur di dalam bekas berisi air atau di bawah aliran air paip.
Air membantu memisahkan kulit dari putih telur dan mengurangkan risiko telur terkopek.