KUALI | Pastri
Kalau beli di kedai mahal harganya, bukan susah sangat buat Strawberi Sando
BUAT peminat pencuci mulut Jepun, Strawberi Sando atau sandwic strawberi berkrim ini antara menu yang anda wajib cuba.
Hidangan ini cukup popular bukan sahaja kerana rupanya menarik tetapi kombinasi rasa masam dan manis seimbang.

Bayangkan roti susu gebu, dipadankan pula dengan krim ringan manis serta strawberi segar yang juicy memikat selera!
Memang sempurna untuk sarapan, minum petang atau pencuci mulut pada bila-bila masa.
MENARIK DIBACA:Sagu ubi kayu kuih tradisional ringkas, buatnya pun cukup mudah
MENARIK DIBACA:Jangan buang nasi semalam, boleh olah jadi resipi kek beras dan roti
Bahan-bahan
- 15 biji strawberi segar
- 1 kotak whipping cream (lebih kurang 240ml)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/3 cawan gula kastor
- Roti susu Hokkaido (atau roti putih gebu tanpa kulit)
Langkah penyediaan
- Potong dan buang bahagian pucuk strawberi, kemudian asingkan.
- Dalam mangkuk, masukkan whipping cream 1 sudu kecil esen vanilla, dan 1/3 cawan gula kastor.
- Pukul menggunakan hand mixer atau whisk sehingga kental dan membentuk ‘soft peaks’
- Kemudian pukul adunan sehingga kental menggunakan pemukul atau handmixer.
- Simpan krim dalam peti sejuk seketika supaya teksturnya kekal kental dan mudah disapu.
- Potong bahagian tepi roti (kulit keras di sekeliling) untuk dapatkan bentuk segi empat sempurna.
- Sapu krim secara rata pada sekeping roti. Susun lima biji strawberi di bahagian tengah dalam bentuk memanjang. Tutup dengan sekeping lagi roti dan tekan perlahan.
- Bungkus sandwic dengan kemas menggunakan plastik atau cling wrap. Tandakan bahagian yang ingin dipotong untuk hasil potongan yang kemas.
- Masukkan ke dalam freezer selama 1 jam supaya sando lebih padat dan mudah dipotong.
- Keluarkan dari freezer dan potong secara menyerong. Siap untuk dinikmati!