Balik-balik buat serawa... Apa kata cuba resipi durian brulee, barulah ala desert Perancis!
TERLIUR dibuatnya apabila melihat video seorang cef yang berkongsi cara membuat desert mudah menggunakan durian.
Durian brulle yang disediakan oleh chef Amir Gani di Instagram miliknya boleh menjadi idea buat anda yang buntu nak buat desert apa.
Maklumlah sekarang pun tengah musim durian, tapi kalau asyik masak bubur kacang durian, serawa, aiskrim dan dodol pun bosan juga.
MENARIK DIBACA: Masak pun boleh dapat pahala, ini 5 adab di dapur menurut Islam
MENARIK DIBACA: Petah berbicara kendali program masakan, peluang mengacara kikis sifat pemalu Chef Naem
Nak buat durian crepe, renyah pula walaupun rasanya memang mantap!
Jom cuba resipi dikongsikan chef Amir ini.
Bahan-bahan
- 350g isi durian (Sebarang jenis)
- 400ml krim
- 5 butir kuning telur
- 1sb garam
- 70g gula perang
- 1sb vanila
Langkah penyediaan
- Masukkan krim dalam sebuah periuk bersama secubit garam dan satu sudu besar esen vanila.
- Panaskan sambil kacau adunan. Jangan biarkan sampai mendidih.
- Masukkan lima butir kuning telur bersama gula perang ke dalam sebuah mangkuk dan kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan yang dipanaskan tadi sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk berisi kuning telur. Kacau perlahan sehingga adunan sebati.
- Masukkan isi durian ke dalam mangkuk berisi adunan tadi dan kacau.
- Kemudian tuang adunan yang telah dicampurkan tadi ke dalam kulit durian. Kalau tidak ada, tuang ke dalam bekas bersesuaian pun tidak mengapa.
- Bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah Celsius hingga 170 darjah Celsium selama 30 minit.
- Keluarkan durian yang dibakar tadi kemudian sejukkan.
- Semasa menghidang, tabur sedikit gula perang di atas isi durian dan bakar sehingga gula mencair.
- Apabila gula perang yang dibakar mengeras, akan menghasilkan lapisan atas yang rangup di luar, creamy di dalam.
- Sedia untuk dihidangkan.