KUALI | Resipi Tradisi
Campuran 3 rempah ini memang buat masak kurma terangkat, tak percaya cubalah!
MASAK kurma yang wangi, pekat dan sedap memang menjadi kegemaran ramai.
Namun ada juga mak-mak gagal mendapatkan rasa 'terangkat' kerana kurang penggunaan rempah yang betul.
Sebenarnya, rahsianya mudah saja dengan campurkan tiga jenis rempah utama serbuk kurma ayam/daging, serbuk kari ayam/daging dan juga serbuk kaskas.
Dengan kombinasi rempah-rempah ini hasilnya kuah kurma akan lebih wangi, rasa seimbang dan pedas manisnya cukup.

MENARIK DIBACA: Sentuh sikit pun rasa mencucuk, pesakit saraf kena jauhi 5 sayuran ini atau gejalanya makin parah
MENARIK DIBACA: Kepala santan rahsia keenakan boko ubi kayu, manis dan berlemak
Bahan-bahan
- 500g ayam/daging
- 2-3 sudu besar serbuk kurma ayam/daging
- 1-2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1 sudu teh serbuk kaskas
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 200 ml santan pekat
- 1 cawan air
- Garam
- Minyak
Cara penyediaan
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan serbuk kurma, serbuk kari dan serbuk kaskas. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan daging atau ayam, kacau hingga rempah sebati dan daging sedikit berubah warna.
- Tuang santan dan air. Kacau rata.
- Biarkan mendidih perlahan, kemudian tutup periuk dan masak dengan api kecil hingga ayam/daging empuk.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
- Jika suka kuah lebih pekat, masak lagi tanpa penutup sehingga kuah sebati.
- Angkat dan hidangkan panas. Tabur daun ketumbar atau bawang goreng jika suka.