[V] Obsesi terhadap makanan pedas bawa padah, Tiz Zaqyah derita masalah gastrik
OBSESI terhadap makanan pedas nampaknya mula memberi kesan kepada kesihatan pelakon Tiz Zaqyah apabila dia menderita masalah gastrik.
Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, berkata, dia pada awalnya tidak menyedari perkara itu namun melakukan pemeriksaan selepas kerap sakit perut.
"Sejak dahulu lagi saya memang sangat suka makan makanan pedas. Kalau boleh level pedasnya sehingga tahap berapi!
"Tapi semakin meningkat usia, saya mula sedar bahawa saya tidak boleh lagi makan ikut suka hati, lebih-lebih lagi selepas saya kini menghidap masalah gastrik gara-gara kerap sakit perut.

"Disebabkan masalah itu, saya terpaksa korbankan kegilaan saya terhadap makanan pedas kerana masalah kesihatan," katanya kepada Kuali.
Pelakon drama bersiri Nur Kasih itu menganggap tidak boleh menikmati makanan pedas sebagai satu kerugian namun terpaksa aku demi kesihatannya.
Apatah lagi usianya kini semakin meningkat dan perlu membuat pengorbanan.
MENARIK DIBACA: [V] Hampir 25 tahun berhijrah ke Malaysia, nasi goreng ‘bodoh’ isteri tetap kegemaran Mark Adam
MENARIK DIBACA: Gulai ikan tongkol air tangan Kak T sedap dooh, sekali rasa terus terbayang-bayang
"Tidak boleh lagi makan pedas bukan sekadar pengorbanan, tetapi juga satu kerugian.
"Namun saya akur demi menjaga kesihatan diri memandangkan usia saya bukan lagi muda," jelasnya.
Bercakap soal kebolehannya dalam memasak, pelakon genit itu berkongsi kepakarannya dalam menghasilkan semua jenis sambal.

Malah, tidak lama lagi Tiz juga bakal mengeluarkan produk makanannya sendiri berupa sambal air tangannya.
"Saya memang pandai masak... Antara makanan yang pandai saya masak ialah sambal pedas. Semua makanan yang pedas-pedas.
"Insya-Allah, tidak lama lagi saya akan keluarkan produk saya sendiri iaitu sambal," katanya penggemar masakan kampung itu.