Asalnya gurauan hasil AI, ‘selipar Jepun’ goreng kini jadi kegilaan

TAHU tak di Indonesia sekarang sedang heboh jajan tepi jalan unik iaitu selipar Jepun goreng (sandal jepit goreng) sehingga berjaya mencuri perhatian di negara tersebut.
Kemunculan makanan itu awalnya hanya sekadar gurauan apabila ia dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI menunjukkan seorang peniaga tepi jalan sedang menggoreng selipar Jepun yang dicelup dalam adunan tepung.
Tindakan tersebut bukan sahaja mengundang tawa pengguna media sosial, namun turut menuai kritikan masyarakat yang terpedaya dengan video tersebut.

Namun siapa sangka, gurauan itu akhirnya menjadi realiti apabila peniaga mula menjadikan ia sebagai idea jualan.
Dengan menggunakan bahan mudah seperti tempe dan sosej, ada beberapa peniaga berjaya menghasilkan makanan ringan unik berbentuk selipar Jepun.
Agak-agaknya gorengan 'sandal jepit' ini akan berjaya menyusup masuk dan menjadi viral tak dekat Malaysia?