KUALI | Menu Viral

Waffle berbentuk kasut Crocs jadi kegilaan di China, sudah mula masuk Malaysia

Lead Image

BUNYINYA macam gurauan tapi waffle berbentuk kasut Crocs nampaknya mula mencuri perhatian bukan sahaja kerana rupanya tetapi ia juga enak!

Segalanya bermula apabila sebuah restoran di Tiajin, China memperkenalkan waffle Crocs tersebut dalam menu mereka sejak April lalu.

Rupa snek itu yang comel kemudiannya tular di platform media sosial sehingga menyebabkan kafe itu tidak putus-putus menerima kedatangan pelanggan termasuk pelancong.

Rupa benuk snek yang comel mencuri perhatian ramai.

Kini tak payah ke China sebab snek tersebut sudah mula dijual di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Selain acuannya, waffle Crocs ini menggunakan adunan berasaskan telur yang menghasilkan terkstur lembut dan gebu seakan-akan egg puff.

Menambah kelazatannya, lapisan tengah waffle diisi dengan pelbagai perisa inti yang dekat dengan cita rasa lokal seperti coklat, matcha, biscoff, dan strawberi.

MENARIK DIBACA: Belum reda kegilaan tiramisu, kini giliran mochi yogurt jadi buruan

MENARIK DIBACA: [V] Ako Mustapha ‘geram’ tengok nasi, terpaksa kawal pemakanan demi kesihatan

Lebih menarik, keju mozzarella turut dimasukkan bersama inti, lalu ditutup dengan lapisan doh di bahagian atas. snek tersebut sudah mula dijual di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Bila dimasak, keju itu akan mencair dan memberikan rasa leleh dan berkrim dalam setiap gigitan.

Keju mencair dan memberikan rasa leleh dan berkrim dalam setiap gigitan.

Kombinasi ini bukan sahaja menjadikan ia kelihatan menarik dari segi visual, tetapi juga memberikan kepuasan berganda.

Bagi anda yang teringin untuk merasai sendiri snek unik ini, ia boleh didapati di Pasar Malam Taman Connaught, Kuala Lumpur.

Dengan popularitinya yang kian meningkat, tidak mustahil lebih ramai peniaga tempatan akan mula menjual versi mereka sendiri tidak lama lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Asalnya gurauan hasil AI, ‘selipar Jepun’ goreng kini jadi kegilaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Belum reda kegilaan tiramisu, kini giliran mochi yogurt jadi buruan

Terhangat