[V] Memang puas dapat makan nasi goreng pedas puaka, peniaga tak kedekut letak udang selambak!

TERLETAK di kawasan perumahan di No.8, Lorong Mewah 5, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, berdiri sebuah gerai kecil sederhana tetapi sebenarnya 'berpuaka'.
Cukup sebuah gerobok kecil bersama dua buah meja lipat, suasana gerai diusahakan seorang peniaga yang mesra disapa Ayang itu tetap dikerumuni ramai pelanggan.
Mereka yang datang tidak lain mahu membeli menu istimewa yang ditawarkan iaitu Nasi Goreng Puaka Udang Selambak yang murah, sedap dan melimpah-ruah.
Nasi goreng mungkin kedengaran biasa bagi kebanyakkan pembeli lain namun di gerai Ayang, nasi goreng yang ditawarkan ternyata bukan biasa-biasa, lebih-lebih lagi buat pecinta masakan pedas.

Menurut Ayang, perkataan 'puaka' itu sendiri memberi maksud tahap kepedasan tak terhingga pada nasi goreng yang ditawarkan, sekali gus menjadi keistimewaan dan penarik kepada pemburu masakan pedas.
"Perkataan 'puaka' itu sendiri merujuk pada tahap kepedasan. Bila orang tanya apa itu puaka? Maksudnya pedas tahap puaka yang tak terhingga," ujar Ayang.
Bukan itu sahaja, selain hidangan dijual memiliki sensasi pedas menggiurkan, Nasi Goreng Puaka itu juga dilimpahi dengan lambakan udang bersaiz sederhana besar yang pastinya memberikan kenikmatan pada setiap suapan.
"Sudahlah pedas berapi, saya masukkan juga selambak udang. Sebab itu nasi goreng saya diberi nama Nasi Goreng Puaka Udang Selambak," katanya.
MENARIK DIBACA: Sate kangkung viral di negara jiran, sayur dipanggang bersama sos pedas manis menggoda selera
MENARIK DIBACA: [V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam
Kuali yang berkesempatan merasai sendiri Nasi Goreng Puaka Udang Selambak, terkejut apabila melihat 'portion' sepinggan nasi goreng yang dijual sangat banyak, iaitu boleh dimakan untuk tiga hingga keempat orang.
Jangan terkejut, dengan hidangan sebegitu besar bersama udang yang melimpah ruah, Nasi Goreng Puaka Udang Selambak dijual cuma pada berharga RM13 sahaja!
Keistimewaan Nasi Goreng Puaka Udang Selambak ternyata tidak terhenti pada rasa pedas puaka dan udang selambak semata-mata.
Sudahlah pedas berapi, saya masukkan juga selambak udang.
Ayang
Peniaga
Untuk menjadikan nasi goreng dihasilkan lebih sedap, Ayang tidak lokek menggunakan beras basmati supaya nasi yang digoreng bukan sahaja sedap tetapi juga berderai.
"Saya gunakan beras basmati supaya nasi goreng jadi lebih cantik dan berderai. Alhamdulillah, sehari kira-kira lima kilogram nasi habis terjual.
"Walaupun tidaklah terlalu banyak, namun sebagai peniaga kecil saya sangat bersyukur," ujarnya.