KUALI | Trending

Zencrich Wagyu cipta rekod, pengimport terbesar daging wagyu Jepun halal ke Malaysia

Lead Image

DAGING lembu Wagyu dari Jepun kian mendapat sambutan di Malaysia apabila semakin banyak restoran tempatan menawarkannya daging premium tersebut dalam menu mereka.

Walaupun harganya mahal namun lonjakan permintaan terhadap daging tersebut membuatkan lebih ramai pengusaha industri makanan mendapatkan bekalan daging wagyu halal dan berkualiti terus dari Jepun.

Sebagai peneraju pasaran tersebut, Zenrich Allied Sdn. Bhd. (Zenrich Wagyu) mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan ASEAN Records bagi pencapaian sebagai 'Jumlah Import Tahunan Terbesar Wagyu Jepun dalam Setahun'.

Zenrich mendominasi sektor pembekalan daging Wagyu di Malaysia.

Kejayaan tersebut diraih selepas Zenrich mencatat jumlah import sebanyak 192,000 kilogram daging Wagyu Jepun bersamaan 12.86 juta hirisan daging atau kira-kira 600 ekor lembu dalam tempoh setahun.

Bangga dengan pengiktirafan tersebut, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata pencapaian Zenrich sebagai simbol hubungan dagangan yang kukuh antara Malaysia dan Jepun.

Tambah beliau, jumlah import yang tinggi bukan sahaja mencerminkan potensi pasaran daging premium di Malaysia, malah mengukuhkan jaringan kerjasama dalam sektor pertanian dan makanan antara dua negara.

"Rekod ini menjadikan usaha syarikat-syarikat Malaysia seperti Zenrich Wagyu sebagai satu contoh, dan komitmen pemain industri negara ini untuk membawa yang terbaik dari dunia ke Malaysia.

MENARIK DIBACA: Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai

MENARIK DIBACA: ‘ONO Specialty Coffee & Matcha’ kedai kopi ke-9 terbaik dunia, 2 lagi jenama lokal masuk senarai top 100

"Import sebanyak ini juga mengukuhkan hubungan perdagangan dalam sektor pertanian dengan rakan-rakan seperti Jepun. 

"Selain membina budaya makanan yang sama dinamik seperti rakyat kita," katanya dalam ucapan sempena majlis perasmian restoran Wagyu by La Moon di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada 25 Jun lalu. 

Dalam pada itu, Pengarah Zenrich Wagyu, Liven Chong komitmen syarikatnya sejak lebih sedekad lalu merupakan usaha untuk menghubungkan budaya antara dua negara melalui makanan.

"Apa yang bermula sebagai minat terhadap bahan makanan berkualiti kini menjadi simbol hubungan antara dua negara yang kuat, menyatukan masyarakat dan budaya melalui daging Wagyu Jepun," uajrnya.

Datuk Arthur Joseph Kurup, turut hadir meraikan kejayaan berkenaan.

Tidak hanya mendominasi sektor pembekalan daging wagyu, Zenrich kini mengembangkan operasinya dengan melancarkan restoran pertama mereka iaitu Wagyu by La Moon, yang menampilkan konsep kopitiam dengan sentuhan Jepun.

Restoran yang diterajui Chef Saburou Niitsu dari Jepun turut menghidangkan daging premium Wagyu A5 Miayazaki halal dan istimewa untuk memikat selera pengunjung.

Daripada yakiniku dibakar atas arang kepada hirisan nipis shabu-shabu dalam sup sukiyaki, pakej Wagyu Jepun di restoran ini bermula dari RM199.

Wagyu by La Moon diterajui Chef Saburou Niitsu dari Jepun.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawatan laman web Zenrich Allied.

Lokasi: The Green Terrace, Taman Tun Dr Ismail

Waktu operasi: Dibuka 5 petang sehingga 1 pagi (Dibuka setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Susah betul nak jumpa! Ini 5 kuih tradisional hampir pupus ditelan dek zaman

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Dari sajian warung sehinggalah ke dapur hotel, semua ada di Kuali!

Terhangat