KUALI | Dunia

Ikan dalam tab mandi! Lepas 5 tahun warga emas kantoi jadikan apartmen ‘kilang’ proses makanan laut

Lead Image

SEORANG lelaki menerima padah apabila 'kantoi' memproses produk ikan secara haram di dalam apartmen yang dihuni. 

Lebih mengejutkan, dia sudah terlibat dalam industri makanan berasaskan makanan laut selama lima tahun sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

Lelaki yang dikenali Stephen Akuoko, 62, dari England itu akhirnya didapati bersalah atas dua kesalahan berkaitan keselamatan makanan.

Pihak berkuasa turut menemui keadaan mengejutkan apabila ikan disimpan di dalam tab mandi unit berkenaan.

Produk ikan masak dan salai yang berada di pasaran dipercayai datang daripada aktiviti pemprosesan yang dilakukan di rumah.

Beberapa ekor ikan dipercayai disimpan di dalam tab mandi di premis berkenaan. - Watford Borough Council

Mahkamah menjatuhkan dua hukuman penjara 12 bulan yang perlu dijalani secara berturut-turut namun hukuman itu ditangguhkan selama dua tahun.

Selain itu, dia turut dilarang bekerja dalam industri makanan selama lima tahun dan diarahkan membayar kos perbicaraan kira-kira RM15,000.

MENARIK DIBACA: Wanita buat bolognese letak budu ganti sos worcestershire, Kelantan 'mendonia' - "Sedap sampai langit"

MENARIK DIBACA: Hanya masukkan 2 bahan dapur, tong sampah anda takkan berulat dan tiada bau busuk

Kegiatan tersebut terbongkar selepas laporan diterima daripada pihak bomba dan susulan itu, pegawai kesihatan persekitaran mengeluarkan amaran rasmi supaya dia menghentikan operasi berkenaan.

Arahan tersebut tidak diendahkan apabila dia terus membekalkan produk ikan kepada orang ramai untuk dijual dan dimakan.

Keadaan situasi pemprosesan ikan di apartmen miliknya. - Watford Borough Council

Menurut Pengarah Bersekutu Perumahan dan Kesejahteraan Majlis Bandaraya Watford, England, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius.

"Ada kegagalan jelas dan berterusan untuk mematuhi keperluan undang-undang walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil," katanya.

Pihak majlis menegaskan tindakan mahkamah diambil susulan kegagalan memberi kerjasama, pelanggaran undang-undang secara terang-terangan serta risiko terhadap kesihatan awam.

Untuk rekod, pengeluaran ikan dan makanan laut tertakluk kepada peraturan ketat kerana risikonya yang tinggi jika tidak dikendalikan dengan betul.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Ingatkan pisang tanduk dah cukup besar, rupanya saiz pisang 'gergasi' Hua Moa lebih mantap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"

Terhangat