info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Yamal suka nasi ayam! Ini makanan kegemaran 6 pemain bintang beraksi di Piala Dunia 2026

Lead Image

DEMAM bola sepak sedang melanda peminat di seluruh dunia, sudah tentu aksi bintang-bintang terkenal di atas padang menjadi perhatian ramai.

Bukan sahaja kemahiran menggelecek atau jumlah gol yang dijaringkan jadi bualan, rutin harian dan makanan mereka turut mengundang rasa ingin tahu peminat.

Siapa sangka di sebalik latihan ketat dan jadual perlawanan yang padat, mereka juga mempunyai hidangan kegemaran yang cukup dekat dengan hati mereka.

Sama ada makanan tardisional negara sendiri atau hidangan luar negara, setiap pemain mempunyai selera tersendiri yang mungkin tak ramai tahu.

Berikut merupakan makanan kegemaran beberapa bintang bola sepak dunia yang beraksi di pentas Piala Dunia FIFA 2026 :-

Salah akan mencari Koshari setiap kali pulang tanah airnya.

1. Mohamed Salah - Koshari

Dalam satu wawancara bersama CNN, Salah pernah mendedahkan antara perkara pertama yang dilakukannya setiap kali pulang ke Mesir ialah menghubungi rakannya untuk membelikan hidangan tersebut.

Koshari merupakan makanan tradisional Mesir yang terdiri daripada campuran nasi, makaroni, lentil, sos tomato, bawang goreng rangup serta pelbagai rempah.

2. Neymar - Feijoada

Bintang Brazil, Neymar pula dikatakan cukup menggemari Feijoada.

Feijoada ialah sup pekat tradisional Brazil yang diperbuat daripada kacang hitam bersama potongan daging.

Selain itu, Neymar juga gemar menikmati gabungan nasi putih, kacang merah atau hitam serta daging stik.

Minat Mbappé makanan Sepanyol itu tercetus selepas menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid,

3. Kylian Mbappé - Jamon Iberico dan keju Manchego

Penyerang Perancis, Kylian Mbappé beberapa kali menyatakan dia sangat menyukai Jamon Iberico dan keju Manchego.

Minat terhadap makanan Sepanyol itu dikatakan tercetus selepas menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, sehingga menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Jamon Iberico merupakan daging salai premium dari Sepanyol, manakala Manchego pula ialah keju yang dihasilkan daripada susu biri-biri.

MENARIK DIBACA: Bekas cef peribadi dedah diet, menu harian Ronaldo! Sukar orang biasa nak ikut

MENARIK DIBACA: Puasa bukan halangan beraksi, ini cara liga top dunia beri ruang pemain Muslim berbuka

4. Son Heung-min - Bulgogi bersama kimchi

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min pula terkenal dengan kecintaannya terhadap hidangan tradisional negaranya.

Dia beberapa kali menyatakan Bulgogi yang dihidangkan bersama kimchi merupakan makanan kegemarannya.

Menu tersebut cukup popular dalam kalangan peminat K-pop di seluruh dunia dan mudah ditemui di restoran Korea.

Arroz con pollo sering menjadi pilihan Lamine Yamal sebelum perlawanan.

5. Lamine Yamal - Arroz con pollo

Menurut beberapa laporan media Sepanyol, Arroz con pollo (ala nasi ayam) sering menjadi pilihan Lamine Yamal sebelum perlawanan.

Hidangan yang dimasak ibunya itu dikatakan menjadi sumber karbohidrat kegemaran pemain muda sensasi tersebut.

Arroz con pollo merupakan menu nasi ayam yang popular di Sepanyol serta beberapa negara Amerika Latin.

6. Erling Haaland - Kebab

Walaupun berasal dari Norway, Erling Haaland mempunyai selera terhadap makanan Turkiye, iaitu kebab.

Pemain Manchester City itu dikenali dengan disiplin pemakanan yang ketat bagi mengekalkan prestasinya di atas padang.

Namun, ketika tidak terikat dengan jadual perlawanan, Haaland dikatakan gemar 'membalas dendam' dengan menikmati kebab sebagai hidangan kegemarannya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Budaya isteri bancuh air manis untuk suami baru balik kerja dipersoal, rupanya simbol kasih sayang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Keliru lalang dan daun pandan... Doktor hasilkan seri muka perasa rumput sempena hari jadi ibu

Terhangat