[V] Viral minuman kopi campur kari kambing! Ramai kembang tekak tapi geng 'fomo' sanggup cuba
KALAU sebelum ini rakyat Malaysia sudah cukup kagum dengan teh dan kopi tiga 'layer', kini muncul satu lagi minuman 'rare' sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sebuah restoran mamak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menjadi perhatian selepas memperkenalkan kopi kari lima 'layer', minuman unik yang menggabungkan kopi dan kari kambing dalam satu gelas.
Menerusi video tular yang dimuat naik oleh Restoran Aman Maju, minuman berkenaan terhasil daripada lima lapisan bahan termasuk gula Melaka, susu cair, kari kambing, kopi dan buih susu.
Lebih menarik perhatian, ia turut dihiasi dengan taburan serbuk kari, bendi, papadom dan daun kari.
Kelihatan pelik dan mungkin membuatkan sesetengah orang 'kembang tekak', namun itulah menu yang mencuri perhatian ramai ketika ini selepas tularnya pelbagai menu pelik lain.

Walaupun ada yang menganggap ia sekadar 'content' untuk meraih perhatian di media sosial, ramai pencinta makanan dilihat sanggup berkunjung ke restoran tersebut semata-mata untuk mencuba sendiri rasa kopi kari lima 'layer'.
Malah, Kuali turut cuba membuat sendiri minuman [TONTON VIDEO] ini gara-gara teruja untuk mengetahui rasanya yang sebenar.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak kurang juga yang menganggap gabungan tersebut agak melampau.
MENARIK DIBACA: Isteri urut dada suami makan spageti 'kuah' krim kopi ais - "Orang lelaki jangan bagi menu mewah"
MENARIK DIBACA: Guna spageti, rasa biasa... Laksa Johor didakwa 'overrated' - "Negeri lain bangga guna mi tempatan"
"Lagi sekali aku nampak menu macam ni, aku keluar dari Malaysia.
"Aku ni mual terus lepas kau sebut kopi kari lima 'layer'.

"Makin lama makin merapu menu dekat Malaysia ni. Semua nak diviralkan sebab tu buat menu mengarut.
"Aku suka kari, aku suka kopi. Tapi kalau macam ni, aku angkat kaki.
"Cukuplah sekali cuba dalgona kopi masa perintah kawalan pergerakan (PKP) dulu. Yang pelik-pelik ni memang tak sanggup.
"Syukur sis kita bukan 'fomo' (takut ketinggalan)," antara komen netizen.
Apa pun, sama ada minuman ini bakal menjadi trend baharu atau sekadar sensasi seketika, kopi kari lima 'layer' nyata berjaya menarik perhatian ramai dan mencetuskan rasa ingin tahu.
Persoalannya, anda pula berani atau tidak untuk mencubanya?