'Triple coconut latte' satukan kopi premium bersama keenakan rasa lemak kelapa
KELAPA sememangnya istimewa dalam budaya makanan rakyat Malaysia dan digunakan secara meluas dalam pelbagai hidangan termasuk kuih muih, pencuci mulut, masakan serta minuman.
Bagaimanapun yang paling asli dan menyegarkan sudah tentulah air kelapa muda!
Jika anda peminat minuman berasaskan kelapa, ada sesuatu yang menarik pada bulan ini.
Sempena 'Coconut Month' yang disambut sepanjang Jun ini, Luckin Coffee memperkenalkan 'triple coconut latte' iaitu versi dipertingkatkan bagi minuman kelapa latte yang menjadi antara produk paling popular jenama itu.
Pengenalan minuman itu juga dibuat sempena ulang tahun kelima kelapa latte di peringkat global selain meraikan pencapaian lebih dua bilion cawan minuman berkenaan yang telah terjual di seluruh dunia.

Menerusi kempen bertemakan Make It All Coconut, Luckin Coffee Malaysia mengangkat semula rasa yang lebih dekat dengan masyarakat tempatan menerusi pengalaman kopi moden sesuai dengan cita rasa penggemar masa kini.
Usaha tersebut bukan sekadar tertumpu kepada inovasi rasa malah turut melibatkan aspek kualiti bahan mentah dan konsistensi sumber bekalan.
MENARIK DIBACA: Ramai tak kisah majlis kahwin buat waktu pagi... Jamu bihun dan teh O, sebelum Zuhur dah selesai
MENARIK DIBACA: Tak sangka sedap! Wanita cipta minuman smoothie kacang hijau, siap beri tip cepat empuk
Luckin Coffee turut mengendalikan pangkalan bekalan kelapa milik sendiri di Pulau Banggai, Indonesia pada Mac 2025 bagi menyokong sumber kelapa yang lebih segar di samping mengukuhkan hubungan dengan rantau Asia Tenggara menerusi pengeluaran dan kepakaran serantau.

'Triple coconut latte' mula diperkenalkan pada 6 Jun lalu menawarkan pengalaman rasa kelapa yang lebih kaya dan berkrim.
Minuman itu menggabungkan tiga lapisan berasaskan kelapa dalam satu sajian iaitu krim kelapa, santan yang diperoleh dari Asia Tenggara serta jeli susu kelapa.
Gabungan tiga lapisan berasaskan kelapa itu dipadankan dengan kopi premium Luckin Coffee yang pernah menerima pengiktirafan International Institute of Coffee Tasters (IIAC) bagi menghasilkan keseimbangan antara rasa kelapa berkrim dan aroma kopi lebih menyerlah.
Dalam perkembangan sama, Luckin Coffee Malaysia turut mengumumkan kembalinya dua minuman yang pernah mendapat sambutan pelanggan iaitu Iced Minty Coconut Latte dan Iced Minty Chocolate Frappe bermula 19 Jun ini.

Minuman berkenaan menawarkan sensasi pudina yang menyegarkan dan sesuai dinikmati dalam cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Coconut Month, beberapa barangan eksklusif turut diperkenalkan kepada pelanggan.
Antaranya Coconut Latte Pendant yang ditawarkan pada harga RM17.90 dengan pembelian dua minuman siri kelapa.
Selain itu, Coconut Plushie yang hadir dalam dua pilihan rekaan iaitu kelapa muda dan kelapa tua akan mula dijual pada 19 Jun pada harga RM22.90 dengan pembelian dua minuman siri kelapa.
Pelanggan juga boleh menikmati promosi beli 1 percuma 1 bagi minuman siri kelapa menerusi Grab dari 4 hingga 18 Jun.