Bukan disembur cat atau foto suntingan! Pokok durian warna ungu didakwa tumbuh di hutan Borneo
BAGI penggemar durian, melihat buah itu dengan kulit berwarna hijau atau perang sudah menjadi kebiasaan.
Bagaimanapun pernahkah anda melihat durian dengan kulit berwarna ungu?
Menurut laporan, keunikan itulah yang dimiliki oleh durian Piloki atau lebih dikenali sebagai durian Piloki Makjan, iaitu sejenis durian liar yang didakwa tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan belantara Pulau Borneo, khususnya di Kalimantan, Indonesia.

Warnanya yang luar biasa menarik perhatian masyarakat dengan ramai menyangka gambar buah tersebut telah disunting secara digital atau disembur cat kerana warnanya yang begitu menyerlah (ungu).
Hakikatnya, warna ungu itu sememangnya asli dan merupakan salah satu keistimewaan semula jadi spesies durian eksotik tersebut.
Keunikan paling menonjol durian Piloki ialah kulitnya yang berwarna keunguan yang bukan berpunca daripada rekayasa genetik (GMO) atau bahan pewarna.
MENARIK DIBACA : Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’
MENARIK DIBACA : Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap
Sebaliknya warna tersebut terhasil secara semula jadi oleh kandungan pigmen antosianin yang tinggi pada kulit buah.
Antosianin merupakan pigmen semula jadi yang turut memberikan warna ungu, merah atau biru kepada pelbagai jenis tumbuhan dan buah-buahan seperti kubis ungu, beri biru, anggur serta ubi bit.
Menurut pakar botani, warna tersebut merupakan sifat genetik semula jadi yang berkembang hasil proses evolusi tumbuhan di habitat asalnya di hutan Borneo.

Berikut merupakan ciri dan keunikan durian Piloki:
- Kulit Berwarna Ungu
Keunikan paling ketara durian ini adalah warna kulitnya yang keunguan. Warna eksotik ini adalah karakter semula jadi yang terhasil daripada pigmen antosianin tinggi, bukannya disebabkan oleh rekayasa genetik atau disembur cat.
- Isi Buah (Ulas)
Di sebalik kulitnya yang berwarna ungu gelap, isi durian ini berwarna krim atau kuning pucat.
- Rasa
Mempunyai rasa yang manis dengan sedikit hujung rasa pahit (bittersweet) serta tekstur isi yang sangat lembut.
- Aroma
Berbeza dengan durian biasa (seperti Musang King atau D24), aroma Durian Piloki adalah relatif lebih lembut dan tidak terlalu menyengat.