KUALI | Viral

Lambakan kedai ayam gepuk di Malaysia! Ramai anggap nasi tomato, nasi lemak bagai terpinggir

Lead Image

SUKAR untuk menafikannya, namun itulah hakikat yang harus diterima!

Hari ini terdapat lambakan gerai atau kedai makan yang menghidangkan makanan khas Indonesia iaitu ayam gepuk.

Jika dahulu, masyarakat Malaysia hanya kenal bakso dan ayam penyet, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ayam gepuk mula mencuri perhatian sehingga menjadi fenomena.

Situasi ini secara tidak langsung membuatkan makanan tempatan yang tidak kalah enak terpinggir gara-gara juadah dari seberang itu.

Menerusi perkongsian pengguna Threads gastritisacid, dia menyuarakan keinginan untuk melihat juadah nasi tempatan 'meriah' dijual di kedai-kedai makan di negara ini.

Seorang pengguna Threads menyuarakan pendapat apabila melihat lambakan kedai ayam gepuk.

Pandangan itu diutarakan selepas melihat lambakan kedai ayam gepuk di merata-rata tempat seluruh Malaysia.

"Sekarang ayam gepuk dah merata, but i just really hope Malaysian bring back the classics.

"Nasi tomato, nasi kukus ayam berempah, nasi beriani dan sebagainya," tulisnya di Threads.

Ternyata, lelaki tersebut tidak bersendirian apabila ramai pengguna lain juga mengharapkan perkara sama menerusi komen yang ditinggalkan mereka.

MENARIK DIBACA: Geli ada tahi di telur ayam, tapi jangan sesekali basuh dulu sebelum simpan di peti sejuk!

MENARIK DIBACA: [V] Ryan Bakery kenang zaman susah, isteri masakkan telur masak kicap - "Ada duit lebih dia buat ayam"

Malah ada yang menganggap hidangan ayam gepuk tidak memiliki apa-apa istimewaan atau keunikan, sekadar nasi putih yang dihidangkan bersama ayam goreng serta sambal dihasilkan dengan kacang gajus.

"Betul! I'm so sick of gepuk! Basically nasi dengan ayam goreng je pun. I want our rich flavored rice macam-macam jenis yang ada.

"I need my nasi kukus ayam! Hari tu teringin tapi bila keluar (di aplikasi) asyik nampak gepuk, kukus tak ada pula terpampang.

"Tolonglah saya perlukan nasi tomato sebab ayam gepuk membuatkan perut saya sakit sebab pedas," antara komen warganet.

Ramai yang inginkan nasi kukus ayam rempah dan nasi tomato dikembalikan semula djual di kedai-kedai makan.

Sekadar info, ayam gepuk ialah hidangan ayam goreng khas Jawa Tengah yang direbus dengan rempah sebelum digoreng, kemudian diketuk/ atau dilenyek (gepuk) bersama sambal bawang pedas yang dicampur kacang tanah atau gajus. 

Hidangan ini berbeza dengan penyet kerana ayam gepuk lebih 'juicy', tidak bersalut tepung dan sambalnya lebih berminyak.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Kanak-kanak Rusia didakwa kelaparan sampai kutip makanan di kubur, situasi ekonomi jadi persoalan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Betul ke telur dah basuh boleh letak dalam peti sejuk, belum dicuci simpan di luar? Ini penjelasannya

Terhangat