Dah jemput, kutuk pula! Tuan rumah bengang jiran datang majlis habiskan makanan, tak reti balik
SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap jirannya yang didakwa tidak beradab ketika menghadiri majlis kenduri kecil-kecilan di rumahnya.
Menerusi perkongsian di platform Threads, wanita berkenaan mendakwa dia mengadakan kenduri kecil-kecilan bagi menyambut kunjungan keluarga mentua dari jauh.
Bagaimanapun situasi menjadi kurang menyenangkan apabila seorang jiran datang bersama enam ahli keluarga dan menikmati makanan secara berlebihan.
“Benci betul bila buat kenduri kecil-kecilan, jiran yang tak ada ‘common sense’ datang. Enam beranak datang, semua makan tak ingat orang belakang,” tulisnya.

Menurutnya lagi, juadah yang disediakan seperti dadih dalam kotak dan kerabu habis dimakan jiran tersebut.
Selain itu dia turut berasa kurang senang apabila mereka menggunakan tandas di rumahnya walaupun tinggal berdekatan.
“Teringin nak rasa tandas bersih ke macam mana? Lepas tu lepak lama-lama tak balik rumah sendiri,” luahnya lagi.
Perkongsian itu bagaimanapun menarik perhatian ramai yang melontarkan pandangan masing-masing terhadap isu berkenaan.
Sebahagian netizen berpendapat bahawa tuan rumah perlu lebih berhati-hati dalam menguruskan kuantiti penyajian makanan dan jemputan tetamu.
MENARIK DIBACA: Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'
MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala
“Tetamu pun kalau tak nak kena mengata perangai biar semenggah bila datang rumah orang. Jangan buat macam rumah sendiri… tuan rumah pun manusia biasa, kalau tak semenggah sangat memang patut pun tuan rumah marah.
“Pastikan kalau kenduri atau jamuan, jangan letak semua (makanan) atas meja. Kalau habis, tambah sikit-sikit. Ada orang bila nampak banyak makanan dia ambil banyak," antara komen netizen.
Sementara itu ada juga yang mengaitkan keikhlasan hatinya apabila menjemput tetamu.
“Kenapa jemput kalau dah niat nak sambut keluarga mentua? Tak perlu jemput jiran kalau rasa menyusahkan. Kalau tak jemput hati pun senang.
“Orang jemput dia datang. Awak mesti tahu rumah dia enam ahli keluarga. Kalau dah jemput orang perlu ikhlaskan hati. Kerana makanan, macam ni sekali!
“Jemput tapi tak ikhlas entah apa-apa, kalau kau jemput orang kau kena jangka ada macam- macam perangai. Lain kali simpan makanan. Apa perangai jemput orang datang kenduri lepas tu mengumpat orang tu. Jenis mulut suka mengata orang dekat belakang tapi depan mesti muka maniskan?" antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang menegur tindakan tuan rumah yang dianggap tidak wajar memarahi tetamu selepas menjemput mereka hadir.
“Janganlah macam itu awak. Awak jemput maksudnya memang dah niat nak bagi orang makan. Tak kisahlah dia makan banyak ke apa, tetamu datangkan bawa rezeki. Awak pun dapat pahala sebab berkongsi rezeki. Semoga melimpah ruah rezeki awak.
“Awak ada masalah hati ni, tetamu ni kalau dia datang ke rumah dan kita pula jamu makan besar pahalanya. Hati-hati dengan hati.
“Lain kali kalau jemput orang lepas tu mengata tetamu, jangan jemput. Sama juga kalau tetamu datang rumah dijemput tapi mengata tuan rumah. Buruk gila perangai!” antara komen netizen.