KUALI | Viral

Wanita panik lihat isi ikan tongkol warna pelangi, sangka tak selamat dimakan! Rupanya rugi besar jika buang

Lead Image

SEORANG pengguna Threads berkongsi kebimbangan mengenai ikan tongkol yang dibelinya, selepas mendapati isinya mempunyai tompokan berkilau warna pelangi setelah dipotong.

"Kenapa ikan tongkol macam ni? Adakah tanda dia dah busuk atau macam mana? 'ChatGPT' tak membantu," luahnya yang risau ikan tersebut sudah rosak.

Bagaimanapun selepas bertanya kepada orang ramai, dia mendapat jawapan serta penjelasan bahawa ikan itu sebenarnya masih segar. 

Kongsinya lagi, ikan tersebut juga telah dimasak dan dimakan tanpa sebarang masalah.

"Terima kasih semua, saya baru tahu ikan tu segar. Ikan tu pun dah selamat dimasak dan makan," tulisnya.

Perkongsian itu dihujani pelbagai komen netizen yang menjelaskan tentang tompokan yang menjadi kerisauannya.

"Biasanya ikan air segar memang jadi macam ni. Boleh makan, selamat InsyaAllah. 

"Baru tahu ikan segar, hahaha kalau aku pun silap-silap aku buang.

"Tu tandanya segar kak. Buat singgang 'best'nya manis-manis cecah ulam budu.

"Itu ikan segar, kalau baru tangkap memang ada macam ni. Tapi kalau dah berhari berendam ais, ikan jadi merah je isi dia," antara komen netizen.

Dalam masa sama, sebahagian netizen memberi penerangan lebih terperinci mengenai keadaan tersebut.

"Warna berkilau seakan hijau, merah jambu atau kadang kebiruan ni dipanggil iridescence maknanya ikan tu masih segar dan belum lama dalam ais. Boleh nampak warna tu bila ikan dipotong macam tu, kalau warna isi dah tukar hitam lebam semua maknanya ikan dah tak segar.

MENARIK DIBACA:  Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah

MENARIK DIBACA: Mi Korea Japchae senang buat, gaul-gaul siap! Sesuai untuk bekal anak, makan malam ringkas

"Warna pelangi tu bukan tanda ikan dah busuk. Ni fenomena biasa je bila otot ikan dipotong dengan pisau tajam, cahaya akan terpantul dekat urat-urat ikan tu macam kilat pelangi. Benda ni selalu jadi lagi-lagi dekat ikan yang isinya gelap macam ikan tongkol. Nak tahu ikan tu busuk ke tak jangan tengok warna ni...periksa dua benda ni je.

"Kalau bau laut biasa okay. Kalau bau busuk menyengat macam ammonia baru buang. 

"Cuba tekan sikit. Kalau isi pejal dan melantun balik maknanya segar. Kalau lembik berlekuk tu tanda dah tak elok. Selagi bau okay dan isi pejal ikan tu selamat je nak masak," kongsi netizen lagi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Selesai makan masih lepak, kerusi kosong buat letak barang... Tetamu majlis kenduri dianggap ‘buta adab'

Terhangat