Cara nak kenal cendawan enoki segar atau dah rosak, jangan salah pilih!
ENOKI yang bentuknya panjang dengan teksturnya yang bila dimasak memang antara cendawan kegemaran ramai.
Nak masak pun senang, tumis dengan bawang putih dan mentega pun dah cukup padu sampai boleh bertambah nasi.
Tapi masih ramai yang tak tahu nak pilih cendawan enoki. Kalau silap pilih, boleh dapat enoki yang dah 'masuk angin' dan tak segar.
Jom, ikuti tip mudah yang dikongsikan oleh cef Deedee Mansor untuk kenal pasti kesegaran enoki:-

1. Tengok bahagian kepala cendawan
Enoki yang segar biasanya bahagian atasnya (kepala) berbentuk leper.
Kalau nampak dah kecut atau terlalu kembang, itu tanda cendawan tu dah serap angin dan air.

2. Picit sikit cendawan
Cuba tekan perlahan. Kalau teksturnya macam span basuh pinggan (kenyal tapi padat), itu petanda bagus.
MENARIK DIBACA: Empat nyawa sudah 'melayang', ketahui bahaya bakteria listeriosis pada cendawan enoki
MENARIK DIBACA: Tumis brokoli cendawan, hidangan bergizi pikat selera anak masa cuti sekolah
Tapi kalau lembik dan berair, sebaiknya letak balik di rak, jangan beli!

3. Warna pun penting
Elakkan enoki yang nampak kekuningan.
Pilih yang warna putih cerah, tanda masih segar dan baharu.

4. Periksa bungkusan (vacuum pack)
Ini ramai terlepas pandang. Pastikan plastik tak bocor atau terbuka.
Kalau dah masuk angin, kualiti enoki memang akan terjejas. Pilih yang masih ketat dan elok bungkusannya.