KUALI | Tip & Trik

Suka buang lebihan minyak dalam singki? Cuba trik mudah ini, dijamin tak tersumbat

Lead Image

RAMAI antara anda mungkin sudah terbiasa selepas memasak terus menuang lebihan minyak ke dalam singki tanpa berfikir panjang. 

Nampak mudah, cepat dan ‘selesai’ tugas tapi hakikatnya tabiat kecil ini boleh membawa masalah besar bermula dari singki tersumbat hinggalah menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Lebih membimbangkan, minyak masak yang dibuang itu boleh mengeras di dalam saluran paip dan akhirnya memerlukan kos baik pulih yang bukan murah.

Jangan sesekali membuang lebihan minyak ke dalam sinki.

Seorang pengguna di Threads berkongsi satu kaedah ringkas yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dalam mengendalikan lebihan minyak.

Jom Kuali kongsikan caranya yang cukup ringkas:

MENARIK DIBACA: Wanita serik makan belangkas, ramai tampil kongsi pengalaman hitam serupa

MENARIK DIBACA: Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

Ada cara yang lebih efektif membersihkan lebihan minyak masak.

  1. Ambil sekeping aluminium foil dan bentukkan seperti cawan kecil.
  2. Tuangkan lebihan minyak masak ke dalam foil tersebut.
  3. Gunakan tisu kering untuk mengelap sisa minyak pada kuali.
  4. Masukkan tisu yang sudah berminyak itu ke dalam aluminium foil tadi.
  5. Bungkus kemas aluminium foil tersebut sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cara nak kenal cendawan enoki segar atau dah rosak, jangan salah pilih!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cuma guna gula... Ini cara simpan udang kekal segar berbulan-bulan, rasa tak terjejas

Terhangat

<!--Trying to access array offset on null--!>