Daun pandan rahsia kacang hijau cepat empuk, kuahnya pula sedap berlemak
BUBUR kacang hijau mungkin antara pencuci mulut tradisional biasa dimakan tapi susah nak jumpa yang betul-betul sedap.
Sebenarnya kelembutan kacang hijau yang direndam sebelum direbus menjadi rahsia penentu kesedapannya.
Tapi tak usah bimbang, ada beberapa rahsia ringkas yang boleh melembutkan tekstur kacang hijau dan menaikkan aromanya.

Salah satu bahan penting yang sering menjadi rahsia dalam masakan ialah daun pandan.
Bukan sahaja memberikan aroma yang harum, daun pandan juga membantu melembutkan kacang hijau menjadikan bubur lebih sedap dan berlemak.
Untuk hasil yang terbaik, Kuali kongsikan resipi mudah ini untuk dicuba sendiri.
MENARIK DIBACA:Secawan kopi serendah RM6, ini 5 port kafe harga bajet
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!
Bahan-bahan:
- 1 cawan kacang hijau (rendam 3-4 jam atau semalaman untuk cepat empuk)
- 5 cawan air (untuk merebus)
- 1 cawan santan pekat (boleh guna kotak)
- ½ cawan gula merah/gula Melaka (hiris halus)
- 2 sudu besar gula pasir (ikut tahap kemanisan)
- 1 helai daun pandan (simpul)
- Secubit garam
- Sagu

Langkah penyediaan:
- Rebus kacang hijau dengan 5 cawan air hingga empuk (lebih kurang 30–40 minit atau menggunakan pressure cooker bersama beberapa helai daun pandan.
- Masukkan sagu yang telah direndam atau direbus terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur bubur yang lebih pekat dan cantik.
- Namun, elakkan daripada memasak sagu terlalu lama bersama kacang agar tidak hancur atau hilang bentuk.
- Gunakan api sederhana semasa merebus supaya kacang masak sekata dan tidak mudah pecah.
- Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau sehingga gula larut dan wangi.
- Masukkan santan dan secubit garam. Kacau perlahan atas api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat dan kacang betul-betul lembut.
- Siap dihidang panas atau sejuk (lagi sedap kalau simpan dalam peti sekejap)