Krim lemon berlemak, nikmat dimakan sejuk! Cuma guna 3 bahan, tak perlu bakar
LEMON antara buah yang cukup versatil dan sering digunakan dalam pelbagai jenis sajian, sama ada hidangan savori, minuman, hinggalah pencuci mulut.
Rasanya yang masam dan menyegarkan juga membuatkan lemon sesuai digabungkan dengan bahan-bahan manis, seperti mana pemanis mulut krim lemon ini.
Menariknya, sajian ini bukan sahaja mudah disediakan malah dihidangkan terus dalam kulit lemon yang dikosongkan, menjadikannya unik dan menyelerakan.
Berikut resipi pencuci mulut enak yang dikongsikan oleh seorang pengguna, @elynejoi94, menerusi laman Threads.

Bahan-bahan:
- 4 biji lemon, belah dan keluarkan isinya
- 1 cawan 'whipping cream'
- ⅓–⅜ cawan gula
- Parutan kulit ½ biji lemon
- 4 sudu besar jus lemon
MENARIK DIBACA: Buat sendiri jeli kesihatan guna lemon, kunyit dan halia... Snek enak, bantu kulit 'glowing'
MENARIK DIBACA: Mudahnya buat lemon cheesecake, tak perlu guna oven... Confirm sedap!
Cara penyediaan:
- Panaskan 'whipping cream' bersama gula sehingga gula larut. Kecilkan api dan biarkan mendidih selama kira-kira 3 minit.
- Tutup api, kemudian masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon. Kacau sebati dan biarkan selama 5 minit.
- Tuangkan campuran krim ke dalam kulit lemon yang telah dikosongkan.
- Masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga dessert set.
- Hidangkan ketika sejuk dan nikmati rasa lemon yang masam manis bersama tekstur krim yang lembut dan lazat.