KUALI | Bufet

Tak perlu ke Penang... Jom serbu bazar di Moxy Putrajaya, char kuey teow dan pasembor pun ada!

Lead Image

KALAU anda penggemar char kuey teow, nasi kandar dan segala macam hidangan sedap dari Pulau Pinang, ada berita baik untuk anda!

Tak perlu penat-penat memandu ke Pulau Pinang, cukup datang ke Penang Heritage Food Bazaar di Moxy Putrajaya.

Bazar ini sudah cukup membuatkan pengunjung memuaskan nafsu menikmati menu signature Pulau Pinang seperti warung di lorong-lorong kedai makan klasik di George Town.

Istimewanya hidangan disajikan gabungan hasil air tangan cef dari Courtyard by Marriot Penang dan Moxy Putrajaya - menjanjikan pengalaman rasa autentik dan letupan rasa dan aroma.

Gabungan lemak manis durian dan kelazatan cendol menyegarkan sudah pasti memikat selera pencinta pencuci mulut.

Tampil dengan konsep bazar pasar yang meriah dengan penjaja, ia menjanjikan cita rasa autentik Pulau Pinang dan boleh dinikmati di restoran Three.6.5 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 11 hingga 26 Julai.

Daripada aroma garing wok char kuey teow hingga ke kehangatan rempah pedas Hokkien mi, setiap malam membawa pengembaraan rasa yang mendalam ke dalam jiwa kulinari Pulau Pinang.

Persembahan langsung ini mempamerkan hidangan penjaja kegemaran serta ciptaan istimewa seperti Penang char kuey teow, mi kari putih, popiah Penang, nasi kandar, pasembur rojak.

MENARIK DIBACA:  [V] ‘Port’ daging salai masak lemak dan asam pedas sedap di Ipoh, set RM52 cukup berbaloi kongsi 3 orang

MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

Tak kurang hebat, cef-cef ini turut menghidangkan mi udang Hokkien Pulau Pinang yang penuh aroma diinspirasikan oleh cinta mereka terhadap kampung halaman.

Bukan itu sahaja, tetamu boleh berkunjung ke goreng-goreng corner, durian cendol bar dan lebih daripada 10 kaunter aksi langsung menawarkan hidangan laut segar dan daging panggang.

Tidak ketinggalan pencuci mulut gaya Pulau Pinang seperti bubur cha cha yang pekat berlemak bersama kek onde-onde.

Hidangan asam laksa yang tidak lekang daripada senarai masakan popular Penang turut menjadi pilihan utama pengunjung.

Apa lebih menarik, di bazar ini anda boleh bersantai sambal menikmati program pertukaran cef yang unik dan menonjolkan semangat dan sinergi lima bakat kulinari.

Kelima-lima cef ini  berganding bahu mewujudkan pengalaman bufet yang meraikan identiti kulinari, kemahiran dan kerjasama merentas daerah.

Selain sajian kulinari yang dipamerkan, Penang Heritage Food Bazaar menghidangkan suasana gaya pasar yang penuh tenaga untuk menggamit semua deria.

Setiap malam menampilkan persembahan muzik secara langsung yang bertenaga serta cabaran rasa misteri yang menguji kepekaan selera. 

Terdapat juga pelbagai sajian lain menarik seperti hidangan laut segar dan memikat selera.

Tetamu juga boleh menikmati sesi rasa durian cendol bermusim, menyertai permainan nostalgia zaman kanak-kanak dan menyelami suasana bazar yang penuh meriah.

Para tetamu boleh menikmati pengalaman ini dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga RM138 bagi dewasa dan RM69 bagi kanak-kanak.

Untuk tempahan sila hubungi +603 8328 1111/+6012 824 9101

Alamat: Moxy Putrajaya, IOI Resort City

Waktu operasi: 6.30 petang hingga 10.30 malam (setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 11 hingga 26 Julai)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Bufet

Bukan sekadar pes kacang merah, jom kenali pelbagai kek bulan dengan cita rasa moden

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Bufet

Kulinari warisan sentuhan ATAS memikat selera, rendang tok rusuk lembu serlah sajian klasik

Terhangat