KUALI | Sajian Warung

[V] Sedap, murah pula... Tak hairan nasi ayam kicap di Pantai Dalam KL ini jadi bualan ramai

Lead Image

SIAPA tidak suka dengan makanan murah namun tetap lazat dan paling penting mengenyangkan.

Makanan sebegitu pasti menjadi buruan bukan sahaja oleh mereka yang ingin berjimat cermat, tetapi juga untuk golongan berpendapatan rendah termasuk para pelajar.

Terletak di Pantai Dalam lebih tepat di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur, berdiri sebuah warung sederhana yang menawarkan makanan bajet rendah namun tidak kalah dari segi rasa.

Warung D'Naim Nasi Kukus Pantai Dalam menawarkan hidangan nasi ayam kicap pada harga cuma RM7 sahaja dan paling penting tidak lokek untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Kuantiti yang dihidangkan juga banyak walaupun dijual pada harga berpatutan.

Menurut pengusahanya yang dikenali sebagai Faizal, nasi ayam kicap yang ditawarkan memang sudah dikenali ramai bukan sahaja kerana harganya yang murah, tetapi juga kerana keenakan nasi ayam kicap yang dihidangkan.

"D'Naim Nasi Kukus telah mula beroperasi sejak 2005 lagi bermula dengan sebuah gerai kecil di pinggir jalan.

"Di sini, kami tawarkan sebanyak tujuh jenis lauk termasuk nasi kukus ayam dara. Tapi yang paling popular adalah nasi ayam kicap.

"Setiap hari kira-kira 50 kilogram beras akan dimasak, manakala ayam pula sebanyak 40 ekor," katanya.

MENARIK DIBACA: [V] Memang puas dapat makan nasi goreng pedas puaka, peniaga tak kedekut letak udang selambak!

MENARIK DIBACA: [V] Santai hirup kopi di tepi sungai, tempat lepak ideal hilangkan lelah

Kuali yang berkesempatan merasai sendiri nasi ayam kicap D'Naim Nasi Kukus mengakui keenakan hidangan tersebut. Rasa ayam kicap yang ditawarkan cukup terasa.

Ditambah dengan kuah gulai yang dicampur bersama lauk ayam kicap membangkitkan lagi selera.

Sebagai pelengkap, nasi ayam kicap turut dihidangkan bersama potongan timun dan sambal belacan yang memberi penangan rasa pedas, namun tetap mengiurkan.

Jadi kalau anda datang ke Pantai Dalam , jangan lupa merasai sendiri kenikmatan nasi ayam kicap D'Naim Nasi Kukus yang terletak berhadapan dengan pasaraya Mydin Pantai Dalam.

Warung D'Naim Nasi kukus dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 9.30 malam setiap hari.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Mi goreng sotong Ayishaah Corner air tangan asli ‘Pulau Mutiara’, kalau pekena memang berpeluh!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Dari jauh baunya menusuk hidung, sup rawon Kak Nita guna tulang lembu dan tetel bangkit aroma

Terhangat