info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Gemar makan, minum manis... Malaysia dalam senarai top 15 pengambilan gula tertinggi dunia

Lead Image

SIAPA sahaja yang tidak gemar menikmati makanan atau minuman manis.

Malah, pelbagai hidangan dan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia  tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan gula tinggi.

Daripada teh tarik hingga aneka jenis kuih dan pencuci mulut, rasa manis sememangnya menjadi sebahagian daripada selera rakyat Malaysia.

Justeru jangan terkejut apabila mengetahui bahawa Malaysia disenaraikan sebagai antara negara dengan kadar penggunaan gula per kapita tertinggi di dunia dan tertinggi di Asean.

Hidangan manis sememangnya menjadi sebahagian daripada selera rakyat Malaysia. - AI

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024, data mengenai penggunaan gula di Malaysia menunjukkan bahawa remaja negara ini mengambil purata 11.5 sudu teh gula bebas sehari dan orang dewasa pula mencatatkan purata 9 sudu teh gula.

Rekod ini ternyata melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengesyorkan pengambilan gula bebas tidak melebihi 7.5 sudu teh (37.5 gram) sehari.

Dari segi peratus pengambilan gula melebihi saranan, data sama mendapati 63.1 peratus remaja Malaysia mengambil gula melebihi saranan, berbanding 47 peratus untuk golongan dewasa.

MENARIK DIBACA: Jangan keliru, tompok putih atas kek tak semestinya kulat! Mungkin cuma minyak atau krim beku

MENARIK DIBACA: Isteri urut dada suami makan spageti 'kuah' krim kopi ais - "Orang lelaki jangan bagi menu mewah"

Pakar kesihatan sering mengingatkan bahawa pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.

Berdasarkan data dan statistik, penggunaan gula negara dianggarkan sekitar 40–42 kg per kapita setahun, meletakkan Malaysia dalam kalangan 15 negara teratas dunia dan sering disebut sebagai antara yang tertinggi di Asean.

Obesiti dan penyakit

Dari segi risiko kesihatan, data NHMS 2024 untuk golongan dewasa mendapati 30.5 peratus mengalami masalah berat badan berlebihan (overweight), 23.1 peratus obesiti dan 52.1 peratus mempunyai obesiti abdomen (lemak berlebihan di perut).

Laporan penuh NHMS 2024 yang menggunakan klasifikasi Asia pula menunjukkan kira-kira 37.8 peratus orang dewasa Malaysia dikategorikan obes.

Dari segi penyakit pula NHMS 2023 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 15.6 peratus orang dewasa Malaysia menghidap diabetes, 29.2 peratus mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi) dan 33.3 peratus mempunyai kolesterol tinggi.

Berdasarkan data terkini yang sering dirujuk daripada FAO, World Population Review dan analisis industri gula, dapat disimpulkan bahawa walaupun Malaysia bukan negara nombor 1 dunia, tetapi berada dalam kelompok negara dengan penggunaan gula yang sangat tinggi.

Malaysia menggunakan sekitar 40–43kg gula per kapita setahun mengikut data FAO dikumpulkan oleh Helgi Library dan berada sekitar kedudukan ke-10 hingga ke-14 dunia.

Perlu ditegaskan bahawa angka 40–43kg per kapita setahun bersamaan kira-kira 110–118g gula sehari bagi setiap orang, iaitu hampir tiga kali ganda purata penggunaan gula global sekitar 22kg setahun.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gigi mula rosak, wanita risau sukar berhenti minum manis! Sehari habiskan 3 botol besar air berkarbonat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Viral ikan disumbat dalam sotong, PHM nasihat pengguna jangan cepat tuduh penjual menipu

Terhangat