Bulu jagung rupanya ada manfaat untuk pesakit diabetes, darah tinggi
BULU jagung biasanya dibuang ketika mengupas kulitnya sebelum dimasak.
Pendek kata, bulu halus menyelaputi tongkol jagung ini sering dianggap sampah kerana tiada kegunaan.
Seorang wanita bagaimanapun terkejut apabila menemui bulu jagung dijual di sebuah pasar raya.
Penemuan ini membuatkan dia tertanya-tanya tentang kegunaan bahan berkenaan.
"Pertama kali jumpa (bulu jagung). Selama ini buang bulu jagung. Tak sangka rupanya boleh dijual.
"Masak apa sedap? Sekejap lagi nak cari info manfaat corn silk," kongsinya di Threads.

Hantarannya ini menarik perhatian netizen yang kemudian berkongsi kegunaan bulu jagung, termasuk merebusnya untuk dijadikan minuman dan mencampurkannya dalam masakan.
Ada yang mencadangkan bulu jagung direbus bersama sedikit gula batu dan dinikmati sebagai teh tradisional yang bermanfaat untuk kesihatan.
"Rebus, letak gula batu sikit. Amalkan. Bagus untuk kesihatan. Kalau ada batu karang elok minum.
"Cina pernah cakap rebus ini untuk dijadikan ubat kencing manis, darah tinggi.
MENARIK DIBACA: Kempen Jom Beli Produk Malaysia kerjasama Jaya Grocer - KPDN
MENARIK DIBACA: Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru
"Dulu mak saya buat teh untuk turunkan darah tinggi.
"Orang Korea buat teh, sedap juga.

"Masa saya belajar, senior saya buat serunding bulu jagung," antara komen netizen.
Dari sudut saintifik, bulu jagung merujuk kepada benang halus pada tongkol jagung yang mempunyai sebatian tumbuhan dan sedang dikaji potensinya untuk kesihatan.
Bulu jagung mengandungi sebatian seperti flavonoid dan polifenol dikaji kerana potensi kesannya terhadap kesihatan.
Berikut adalah kelebihan bulu jagung:
1. Sebatian polifenol dan flavonoid berpotensi membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif.
2. Berpotensi membantu meningkatkan pengeluaran air kencing

3. Potensi membantu mengawal tekanan darah
4. Sedang dikaji untuk kawalan gula dalam darah
5. Berpotensi mempunyai kesan antiradang kerana kandungan sebatian bioaktif dalam bulu jagung
