Mi goreng mamak letak 'peanut butter', dari rasa biasa terus sedap ke 'next level'
BERKUNJUNG ke restoran mamak, hidangan mi goreng menjadi antara menu yang akan dipesan.
Aroma 'smoky' yang harum boleh membuatkan sajian dengan rasa pedas, masin dan manis ini memang boleh buat sesiapa sahaja terliur!
Seorang wanita di Facebook dikenali sebagai Nafisah Zulkfili mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi rahsia menaikkan lagi rasa mi goreng mamak ke tahap 'another level'.
Siapa sangka, bahan rahsia yang digunakannya hanyalah mentega kacang!
"Terima kasih yang kongsi tip ni. Memang another level mi goreng mamak letak peanut butter ni... Moga traffic light hijau sentiasa ya.

"Selain mi goreng mamak dalam masakan apa lagi boleh cuba eh? Gian pula kita," tulisnya.
Bagi mereka yang mahu mencuba rasa unik mi goreng ini, dia tidak lokek berkongsi resipinya.
"Resipi campak versi kita la eh hidangan dalam dua orang makan.
MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang
MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!
"Tumiskan cili kering, bawang putih kisar dan tomato kemudian masukkan ayam/daging.
"Masukkan mi kuning, kicap manis, sedikit gula, sesudu mentega kacang, telur kemudian akhir sekali sayur sawi dan tauge," kongsinya.
Di ruangan komen pula, hantarannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja untuk mencuba kelainan tersebut.

Ada yang menyifatkan penggunaan mentega kacang sebagai cara mudah menggantikan kuah kacang dalam masakan itu.
"Wah, tak terfikir selama ni! Padahal kalau order mi goreng mamak memang diaorang letak kuah kacang. Terima kasih bagi tip!
"Mi goreng mamak memang letak sedikit kuah sambal kacang, tambah sedap. Letak peanut butter belum pernah cuba nanti bolehlah kita buat," komen beberapa warganet.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman memasak mi goreng versi tersendiri dengan memanfaatkan lebihan kuah makanan.
"Saya selalu simpan lebihan kuah sate dalam freezer tahan lama. Memang simpan khas untuk buat mi goreng mamak.
"Good idea. Memang mi klasik utara diaorang akan siram kuah kacang yang dimasak dengan ubi keledek. Boleh guna idea baharu ni," tambah beberapa netizen lagi.