KUALI | Trending

Chef AI ketua operasi dapur restoran di Dubai, cipta menu ikut diet pelanggan 

Lead Image

DARI mercu tanda ikonik kepada suasana bandar futuristik, Dubai terus membuktikan kedudukannya sebagai pusat inovasi global.

Bandar raya itu sekali lagi mencipta sejarah apabila bakal melancarkan sebuah restoran unik yang dikendalikan sepenuhnya oleh chef kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia.

Dikenali sebagai Woohoo, restoran itu dijangka bakal menarik seluruh pencinta dunia kulinari apabila ia dibuka pada September depan.

Woohoo dijangka bakal menjadi tarikan pencinta kulinari dari seluruh dunia.

Apa benar-benar mencuri perhatian adalah kehadiran Chef Aiman iaitu sistem AI mengetuai operasi dapur dan  bertanggungjawab dalam penyediaan menu.

Tidak seperti chef konvensional, Aiman tidak memegang kuali atau menumis bahan di atas dapur. 

Sebaliknya, ia direka untuk menganalisis data, mencipta resipi baharu, menyesuaikan hidangan mengikut diet khusus pelanggan, serta menilai maklum balas untuk menambah baik kuliti sajian.

Chef Aiman berperanan menyelaraskan dapur robotik – bermula daripada pemilihan bahan, teknik memasak, sehinggalah penyusunan hidangan di atas pinggan. 

MENARIK DIBACA: Byakuya aiskrim paling mahal di dunia, dihiasi emas 24 karat berharga RM28,000 

MENARIK DIBACA: Durian bukan ‘superfood’, pesakit diabetes jangan jadikan alasan makan sampai lupa diri

Bagaimanapaun, Woohoo tidak dikawal sepenuhnya oleh teknologi, ia masih memerlukan tenaga manusia untuk melaksanakan perancangan dan idea yang dihasilkan oleh Aiman.

Dapur restoran ini akan diketuai oleh cef selebriti iaitu Reif Othman, bersama pasukan tukang masak profesional yang bertanggungjawab merealisasikan menu cadangan Aiman ke dunia nyata. 

Woohoo akan dibuka di lokasi strategik berdekatan dengan Burj Khalifa, dan ruang restorannya dibayangkan sebagai destinasi makan berteknologi tinggi dengan elemen rekaan bercirikan dunia cyberpunk.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nasi khao mok RM35 buat pelanggan geleng kepala, peniaga pula ada sebab letak harga tinggi 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Hidayah Limau Nipis guna tripod kayu rakam video pertama, kongsi pahit manis 10 tahun sebagai content creator... Rupanya pernah bergelar jurutera

Terhangat