KUALI | Trending

Nasi khao mok RM35 buat pelanggan geleng kepala, peniaga pula ada sebab letak harga tinggi 

Lead Image

KALAU ke Hat Yai, Thailand tak sah kalau tak makan nasi khao mok yang sememangnya menggoda selera.

Hidangan ini biasanya disajikan bersama potongan ayam atau kambing dengan nasi yang dimasak dengan pelbagai rempah membangkitkan aromanya.

Paling penting, menu ringkas ini dijual dengan harga berpatutan iaitu RM15 atau paling mahal RM20 bergantung kepada nilai tukaran Ringgit Malaysia (RM) dan Thai Bath. 

Populariti khao mok membuatkan banyak peniaga di Malaysia menjual hidangan sama namun dengan harga yang lebih jauh mahal berbanding di Thailand.

Nasi khao mok hidangan buruan kalau ke Thailand.

Baru-baru ini tular di laman Threads mengenai sebuah kedai didakwa menjual sebekas khao mok pada harga RM35 yang dianggap tidak masuk akal.

Ramai meluahkan rasa marah disebabkan makanan tersebut adalah menu ringkas yang tidak menggunakan bahan-bahan luar biasa.

Ramai percaya peniaga tersebut mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tinggi demi mengaut keuntungan lebih cepat.

"Sepatutnya peniaga perlu lebih prihatin dengan kemampuan pelanggan dan harga RM35 untuk sepinggan khao mok keterlaluan.

MENARIK DIBACA:Hidayah Limau Nipis guna tripod kayu rakam video pertama, kongsi pahit manis 10 tahun sebagai content creator... Rupanya pernah bergelar jurutera

MENARIK DIBACA:Mengidam makanan manis sebelum tidur? Ada sebab ‘dark chocolate’ pilihan terbaik

"Kalau diikutkan khao mok itu menu ringkas dan bajet di Thailand tetapi di Malaysia melampau betul harganya," antara komen netizen.

Sementara itu, pemilik restoran tersebut mempertahankan harga dikenakan yang disifatkan berbaloi dengan hidangan disediakan. 

Pertahan pemilik, khao mok yang dijual bukan sahaja dalam kuantiti yang banyak tetapi potongan ayam diberikan juga besar. 

Ini termasuk air asam yang pekat menjadikan hidangan itu berbaloi dengan harga ditawarkan.

Jelasnya lagi, harga tersebut turut mengambil kira pelbagai kos seperti gaji pekerja, logistik, keselamatan, harga minyak selain cukai yang meningkat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita terkejut jumpa 70 ekor anak ayam di dapur, rupanya telur balut menetas secara tak sengaja

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Chef AI ketua operasi dapur restoran di Dubai, cipta menu ikut diet pelanggan 

Terhangat