Canggih mesin di kantin sekolah, dalam masa dua saat siap hidangan nasi panas!
TEKNOLOGI canggih kini bukan sahaja digunakan dalam sektor perindustrian atau pembelajaran, malah mula memasuki ruang harian manusia termasuk kantin sekolah.
Di beberapa sekolah di China, teknologi penyajian makanan automatik digunakan bagi membantu mempercepatkan proses menghidangkan makanan kepada pelajar.
Teknologi itu didakwa mampu menjimatkan masa dengan pelajar tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama bagi mendapatkan makanan pada waktu rehat.

Antara inovasi menarik perhatian adalah mesin penyaji nasi automatik yang dikatakan mampu mengeluarkan satu hidangan nasi panas dalam tempoh kira-kira dua saat.
MENARIK DIBACA: Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim
MENARIK DIBACA: Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan
Menerusi sistem tersebut, pelajar tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan nasi sebelum mengambil lauk dan makanan lain di kaunter.

Keupayaan menyediakan satu hidangan panas dan segar dalam masa singkat pastinya boleh membantu melancarkan pergerakan di kantin, lebih-lebih lagi apabila ratusan pelajar berpusu-pusu mendapatkan makanan pada waktu yang sama.
Bagi pelajar pula, teknologi sebegini mungkin menjadikan urusan membeli makanan lebih pantas, terutama pada waktu rehat agak terhad.
Perkembangan ini memperlihatkan bagaimana teknologi semakin dekat dengan kehidupan seharian, termasuk perkara yang nampak mudah seperti mengambil sepinggan nasi di kantin sekolah.