Lebih satu dekad operasi, The Baker’s Son akhirnya terima sijil halal Jakim
JENAMA bakeri tempatan, The Baker’s Son kini menerima sijil halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi dapur pusatnya.
Pensijilan tersebut menjadi satu pencapaian penting buat jenama yang mula bertapak sejak 2009 itu, selain mengukuhkan komitmennya terhadap kualiti, kebersihan, keselamatan makanan dan keyakinan pengguna.
Pencapaian ini diraikan menerusi satu majlis di cawangan The Baker’s Son Sunway Geo pada 26 Ogo lalu yang turut dihadiri wakil Jakim dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) selain barisan pengurusan Jaya Grocer serta The Baker’s Son.
Menurut Ketua Bakeri The Baker’s Son, Peter Tan, pengalaman melihat sendiri semangat dan dedikasi bapanya dalam bidang pembuatan roti dan pastri sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya meneruskan legasi tersebut menerusi penubuhan The Baker’s Son pada 2009.
“Hari ini, penerimaan pensijilan halal rasmi merupakan satu pencapaian yang amat bermakna kerana ia bukan sahaja mencerminkan sejauh mana jenama ini telah berkembang, tetapi juga mewakili hasil usaha bersama semua yang membantu menjayakan perjalanan ini.
“Penerimaan pensijilan halal rasmi merupakan satu pencapaian yang amat bermakna kerana ia bukan sahaja mencerminkan sejauh mana jenama ini telah berkembang, tetapi juga mewakili hasil usaha bersama semua yang membantu menjayakan perjalanan ini,” katanya kepada media.
Proses mendapatkan pensijilan tersebut mengambil masa selama sembilan bulan, sekali gus mencerminkan usaha pasukan The Baker’s Son dalam memastikan keperluan dan standard halal yang ditetapkan berjaya dipenuhi merangkumi segenap operasi dapur pusat.
Dapur pusat tersebut membekalkan produk bakeri segar kepada lebih 60 cawangan di seluruh Malaysia, menjadikan pensijilan ini satu langkah penting dalam memperkukuhkan jaminan halal seluruh rangkaian The Baker’s Son yang terus berkembang.
Menariknya, proses mendapatkan pensijilan tersebut mengambil masa kira-kira sembilan bulan, dengan penelitian meliputi sumber bahan mentah, pembekal, proses pengeluaran, kebersihan dan sanitasi, keselamatan makanan serta dokumentasi dan pematuhan.
Antara produk yang menjadi pilihan pelanggan termasuklah 'Butter Croissant' , 'Caramel Cream Cheese Bun' dan 'Portuguese Egg Tart'.
Dengan pensijilan halal rasmi ini, The Baker’s Son terus melangkah ke fasa baharu sambil mengekalkan warisan keluarga yang menjadi asas kepada penubuhannya serta menyediakan pilihan bakeri segar untuk dinikmati lebih ramai keluarga di Malaysia.