info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Hanya ajak-ajak ayam, wanita terkedu bibik pantas duduk makan semeja- "Keluarga bahagia sangat"

Lead Image

MEMANG sudah menjadi tradisi dan adab masyarakat Melayu untuk sentiasa berbuat baik serta berkongsi rezeki dengan individu lain. 

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan mereka yang bekerja di bawah satu bumbung, amalan menegur dan pelawa makan sudah jadi kebiasaan sebagai tanda hormat menghormati sesama sendiri.

Di Threads seorang wanita menceritakan tentang momen mencuit hati apabila pelawaannya disalah erti oleh pembantu rumah yang baru sahaja diambil bekerja.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku sewaktu dia dan keluarga sedang menikmati hidangan di meja makan sebelum menegur pembantu rumahnya secara bersahaja.

"Helper baru ni lurus juga eh. Kita tengah makan so jemputlah, 'Bik makan ya'. Lah, dia ambil pinggan dan cedok makanan, duduk semeja! 

"Nak tegur tak sampai hati, 'member' (bibik) senang hati makan senyum-senyum... very happy family," luahnya.

Netizen berpendapat tidak semua pembantu memahami akan konteks ayat yang dimaksudkan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pelbagai respon lucu dan tidak kurang juga yang tampil memberikan teguran berhubung batas antara majikan dan pembantu rumah.

Sebahagian netizen menyarankan agar wanita berkenaan menukar cara komunikasi dan pemilihan ayat pada masa akan datang bagi mengelakkan situasi seperti itu berulang.

"Mungkin ayat tu dia faham sis ajak dia makan sekali. Kena ubah ayat akak... Risau next time dia buatnya makan sekali dengan suami anak like a happy family ha 'naya'!" komen salah seorang warganet.

MENARIK DIBACA: Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”

MENARIK DIBACA: Jintan bantu legakan perut ‘bloated’, gerd… Boleh jadikan minuman, minyak sapu

Sementara itu, sesetengah warga maya turut berkongsi pengalaman serupa mengenai pembantu rumah masing-masing yang adakalanya dilihat terlebih 'mesra' sehingga mewujudkan salah faham.

"Helper aku lagi la. Aku suruh duduk makan sekali kemudian aku bangun nak pergi ambil sudu. Lah dia terus duduk tempat aku duduk tu, sebelah laki aku! Aih kau nak ambil alih darjat aku nampak? Ternganga aku laki bini.

"Benda ni common sense kan. Dulu saya ada bibik mcm ni tapi dia seorang jela. Yang lain-lain saya pun tak perasan bila diaorang makan tahu-tahu dah licin atas meja.

Antara komen netizen.

"Tapi betul. Dekat tempat kerja saya ada akak Indon. Kita biasalah pelawa makan sebab memang macam tu. Dia boleh duduk, ambil makanan kita makan tu," kongsi beberapa netizen.

Ada juga yang menyifatkan pemahaman budaya dan bahasa memainkan peranan penting kerana cara orang Melayu menegur atau berbudi bahasa kadangkala ditafsir secara terus oleh orang luar.

"Sebab helper dari Indonesia ni bukan faham bahasa Melayu pun. Dia tak faham cara orang Melayu pelawa makan dan sopan santun. Sepatutnya kena asingkan tempat helper makan juga.

"Dulu pernah ada helper, memang saya takkan semeja dengan helper. Saya dan suami akan makan dulu kemudian helper. Kadang-kadang memang kena ada 'limit' dan batas untuk helper biar ada respect dekat kita," komen beberapa netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Anak tikus terkapai-kapai dalam mi, pelanggan buat laporan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Lebih satu dekad operasi, The Baker’s Son akhirnya terima sijil halal Jakim

Terhangat