info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Anak tikus terkapai-kapai dalam mi, pelanggan buat laporan

Lead Image

SEORANG wanita berdepan pengalaman ngeri dan menjijikkan apabila mendakwa menemui seekor anak tikus hidup dalam mi daging sate yang dibelinya untuk makan tengah hari.

Kejadian berlaku pada Isnin selepas wanita tersebut membuka bekas makanan yang dibeli dari sebuah restoran di Kwai Chung, Hong Kong.

Video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial memaparkan anak tikus masih hidup dan bergerak terkapai-kapai ketika berada di dalam bekas mi.

Menurut laporan media, wanita itu membeli satu set makanan mengandungi mi daging sate, telur dadar dan minuman dengan harga HK$44 (sekitar RM24) pada jam 12.50 tengah hari.

Set makanan tersebut pada asalnya berharga HK$49 namun dijual dengan diskaun 10 peratus.

Video tular memaparkan seekor anak tikus sedang bergerak-gerak dalam hidangan tersebut.

Dia hanya menyedari kewujudan anak tikus itu selepas membawa pulang sajian tersebut dan membuka bekas makanan.

Insiden itu turut mendapat perhatian Jabatan Makanan dan Kebersihan Alam Sekitar Hong Kong selepas wanita berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, pemilik restoran berkenaan dikenali Mike, menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang menakutkan dan keterlaluan.

Menurutnya, restoran itu telah beroperasi lebih setahun dan tidak pernah berdepan kejadian membabitkan tikus atau serangga dalam makanan bungkus sebelum ini.

MENARIK DIBACA: Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!

MENARIK DIBACA: Ejen susu pisang dakwa ‘bergelut’ nak habiskan stok, kini cuma harap ‘balik modal’

Tambahnya, lokasi restoran itu yang terletak di kawasan perindustrian kadangkala menyebabkan ia didatangi tikus.

Bagaimanapun, dia turut mendakwa bahawa premis tersebut menjalankan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman setiap bulan.

Dia menengaskan tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan kejadian itu dilakukan sebagai satu bentuk gurauan, namun mengakui kejadian itu agak mustahil berlaku.

Susulan insiden berkenaan, pihak restoran turut bercadang meningkatkan kekerapan kawalan makhluk perosak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Chef Wan kecewa berkali-kali tegur, MAS tak perbaiki kualiti makanan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Hanya ajak-ajak ayam, wanita terkedu bibik pantas duduk makan semeja- "Keluarga bahagia sangat"

Terhangat