Sanggup ke Penjara Kajang demi beli karipap sedap, tempeyek pun 'bahaya' dimakan
KALAU sebut penjara, mungkin ramai membayangkan satu suasana serius dan suram, langsung tak terfikir tentang makanan.
Bagaimanapun, seorang individu sanggup pergi ke Penjara Kajang hanya kerana mahu membeli karipap.
Bukan sahaja berjaya membawa pulang karipap dihajati, dia juga mengakui rambang mata apabila melihat aneka pilihan makanan lain yang dijual di situ.

"Serious talk, saya pergi Penjara Kajang sebab nak beli karipap je! Tapi bila sampai macam-macam ada, jadi rambang mata. Saya pula FOMO (fear of missing out).
"Harga semua mampu bayar," kongsinya di Threads.
MENARIK DIBACA: Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”
MENARIK DIBACA: Jintan bantu legakan perut ‘bloated’, gerd… Boleh jadikan minuman, minyak sapu
Perkongsian tersebut kemudian mencuri perhatian netizen, malah ada yang turut berkongsi pengalaman pernah mencuba karipap dan makanan lain yang dijual di situ.
Menurut seorang netizen, karipap berkenaan sememangnya berbaloi untuk dicuba kerana mempunyai inti yang penuh.
"Karipap dia sedap. Saya dah pernah rasa. Inti penuh, daging seketul-seketul dia letak.

"Karipap kambing sangat sedap. Tolong beli.
"Jangan beli tempeyek sini. Nanti dah tak boleh makan tempeyek lain sebab sini punya sedap sangat," antara komen netizen.
Jadi, kalau kebetulan berada di sekitar Kajang dan mahu mencari kudapan, boleh cuba karipap Penjara Kajang yang sering menjadi buah mulut netizen.
Trivia
- Jabatan Penjara Malaysia menjayakan satu jenama khas dinamakan MyPride.
- Melalui jenama ini, penghuni diberi peluang untuk menghasilkan pelbagai produk bukan saja berkualiti tinggi, malah mendapat sambutan sangat luar biasa daripada masyarakat luar.
- Galeri Produk My Pride pula kedai secara atas talian memasarkan produk dihasilkan oleh penghuni penjara.
- Bagi Penjara Kajang pula, produk Karipap Pusing Frozen antara mendapatan sambutan kerana kulitnya rangup dengan inti cukup padat.
- Terdapat juga aneka produk bakeri dan makanan sejuk beku bermula daripada pilihan roti lembut, kek gebu, donut, popia dan pizza sejuk beku.
- Kualiti kawalan kebersihan dan kesedapan produk bakeri ini sentiasa dijaga rapi, membuatkan ramai pembaca repeat order kerana mutunya yang konsisten.
- Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Isnin hingga Jumaat (tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum)