Wanita rindu susu segar UK hantar depan pintu rumah, beli 'fresh milk' tempatan rasanya jauh beza!
TIADA apa yang mampu menandingi nikmat seteguk susu segar yang berlemak, berkrim dengan rasa manis semula jadi!
Di Threads seorang wanita yang pernah menetap di United Kingdom (UK) meluahkan rasa rindu terhadap perkhidmatan penghantaran susu segar terus ke pintu rumah yang dinikmatinya ketika berada di sana.
Menurutnya, perbezaan rasa antara susu segar yang dibeli di pasar raya tempatan dengan susu botol kaca di UK sangat ketara sehingga membuatkan dia mula mencari jika ada perkhidmatan serupa di Malaysia.
"Duduk UK dah biasa minum susu segar yang hantar kat rumah by milkman. Balik Malaysia minum susu segar boleh rasa ye bezanya. Kat Malaysia ada ke susu segar dihantar oleh penghantar susu? Rasa 'dia' kurang lemak dan sangat ringan.

"Sebelum ni aku biasa saja minum susu segar yang beli dekat supermarket tu tapi aku terkejut masa pertama kali minum dalam botol kaca yang hantar depan pintu! Like amazing rasa 'dia' berkrim gila! Aku addicted (ketagih) weh!
"Jadi balik sini aku teringin la minum susu dan beli yang biasa dalam botol tapi eh, beza la walaupun sama susu segar. Jadi saya pun mencari la ada ke servis penghantar susu. Selalu pemilik lembu je yang ada susu segar ni. Admit juga tak sangka Malaysia ada 'milkman'!" luahnya.
MENARIK DIBACA: Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!
MENARIK DIBACA: Pergi pasar raya, lelaki terkejut lihat harga buah dari Jepun! Persoal keistimewaan, siapa selalu beli
Hantaran tersebut mendapat perhatian warganet yang tampil berkongsi mengenai kewujudan perkhidmatan penghantaran susu segar di Malaysia.
Di ruangan komen, seorang individu beritahu bahawa perkhidmatan milkman sebenarnya ada di Malaysia terutamanya yang dijual oleh penjual berbangsa India.
"Wei korang tengok 'bhai' naik motor tong besar tu milkman la tapi biasanya yang beli orang-orang India. Hari-hari hantar susu segar dekat rumah, kondo dan office.
"Bukan memang ada ke macam India milkman selalu hantar guna botol kaca belakang dia ada macam besi kat motor," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman membeli susu segar secara terus daripada penternak di kawasan kampung atau kedai khas.
"Kalau area rumah awak ada ternak lembu dan jual susu segar boleh kot minta diaorang hantar hari-hari. Sebab kat kampung saya ada jiran ternak kambing dan jual susu kambing. Bila order dia bagi yang segar-segar dan masih panas lagi.
"Beli kat kedai India susu segar ikat dalam plastik je.
"Tak sure la pasal milkman tapi kat belah Penang ni ada macam gerai atau kedai tepi jalan jual susu fresh. Memang orang datang lepak situ minum susu segar. Nak bawa balik rumah pun boleh," kongsi netizen lagi.
Selain itu, terdapat juga cadangan mengenai jenama tempatan popular yang menawarkan pembungkusan botol kaca namun tanpa perkhidmatan hantar terus ke rumah.
"Farm Fresh dalam botol kaca is good. Cuma tak ada home delivery. Habis bawa botol kaca pergi kedai dan tukar dengan botol susu lain," ujar seorang warganet.
Tak kurang juga netizen lain yang pernah menetap di luar negara turut berkongsi pengalaman serta perbezaan rasa susu segar di Malaysia dan UK.
"Sebagai orang yang pernah bekerja dalam industri susu, bekalan susu kita memang tak cukup untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia terutamanya disebabkan oleh cuaca.
"Jadi kita terpaksa import susu beku dari Australia atau negara lain. Sebab tu rasanya memang takkan sama macam di UK (saya pernah tinggal di UK juga). Itu yang kat sana susu 2L pun murah, dekat sini boleh lap dahi.
"Sebab kat sana bekalan susu mereka cukup untuk memenuhi permintaan. Lembu memang suka cuaca sederhana dan sejuk... lembu bahagia, susu berkualiti.
"Suami saya yang orang Kanada pula walaupun dah lebih 20 tahun ikut saya balik Malaysia bila bercuti, tetap kata susu segar kat Malaysia bukan susu segar. Dah malas nak gaduh. Dia memang kuat minum susu," komen lagi beberapa warganet.