info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Sambal Nyet Bilis hampir habis, individu kongsi tip letak petai agar tak lembik

Lead Image

KREATIF betul idea individu ini apabila mencampurkan petai mentah yang dikupas kulitnya dengan Sambal Nyet Bilis sudah hampir habis dalam botol.

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan berkata idea itu tercetus selepas sambal dibelinya hampir habis.

Dear Khairul Aming, disebabkan sambal saya dah nak habis, saya gaul petai dalam botol. Hasilnya power sangat.

“Boleh jadi idea untuk produk akan datang, not bad juga ni. Juga trip to Switzerland,” katanya.

Perkongsian netizen turut menikmati Sambal Nyet Bilis dengan cara sama.

Menurutnya, dia mengupas isi petai sebelum merendamnya dalam air dan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Cara itu dilakukan supaya petai menjadi lebih rangup sebelum dimasukkan ke dalam botol sambal bilis.

Selepas itu, petai dicampurkan ke dalam baki sambal bilis untuk menghasilkan gabungan rasa pedas, masin dan aroma petai yang cukup menyelerakan.

MENARIK DIBACA: Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar

MENARIK DIBACA: Hantar makanan di rumah orang lain, rider hati kering tak mengaku buat silap!

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai peminat petai yang turut berkongsi cara masing-masing menikmati sambal bilis.

“Petai dan ikan bilis memang sedap. Saya pun selalu letak petai dengan ikan bilis.

“Letak petai mentah sahaja ke? Nampak sedap pula.

“Peminat petai hadir. Tapi tak terfikir nak masukkan petai dalam botol sekali.”

Netizen turut kongsi cara menikmati Sambal Nyet Bilis bersama tempe.

“Baik, boleh cuba letak petai sebab tak sabar nak tunggu KA keluarkan produk itu," antara komen netizen.

Ada juga yang berkongsi cara menikmati sambal bilis dengan bahan lain seperti tempe.

Kalau memang peminat petai dan sambal pedas, gabungan ringkas ini mungkin boleh masuk dalam senarai menu untuk dicuba di rumah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Jumpa lipan dalam mi sup, staf pula kata ikan bilis... Pelanggan cabar suruh makan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

Terhangat