info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Jumpa lipan dalam mi sup, staf pula kata ikan bilis... Pelanggan cabar suruh makan!

Lead Image

SIAPA tak terkejut apabila sedang asyik menikmati mi berkuah, tiba-tiba ternampak sesuatu menyerupai lipan terapung dalam makanan.

Menurut laporan media, seorang wanita dikenali sebagai Huang Jingjing, 47, membeli makanan tradisional masyarakat Cina, mihun kueh, di medan selera Malaysia Boleh! di White Sands, Singapura.

Mihun kueh, juga dikenali sebagai pan mi atau ban mian adalah mi buatan tradisional yang dikoyak atau ditarik dengan tangan dan dihidangkan dalam sup ikan bilis.

Huang kemudian membawa makanan itu ke pejabat dan mula menikmatinya seperti biasa. 

Pekerja gerai bagaimanapun mendakwa objek itu kelihatan seperti ikan bilis.

Selepas kira-kira empat suapan, dia ternampak sesuatu yang pelik terapung di dalam kuah.

Huang mendakwa ia kelihatan seperti seekor lipan sudah mati.

Terkejut dengan penemuan itu, dia segera mengambil gambar dan video untuk dijadikan bukti sebelum membawa semula makanan tersebut ke gerai.

Menurut Huang, pekerja gerai itu bagaimanapun melihat objek berkenaan sebagai ikan bilis dan penjelasan diberikan membuatkan dirinya tidak berpuas hati.

Huang kemudian mencabar pekerja gerai itu untuk makan 'ikan bilis' tersebut.

Bagaimanapun staf itu menawarkan untuk menyediakan semangkuk makanan baharu atau memulangkan wang bayaran.

MENARIK DIBACA: Ada sebab orang dulu-dulu tak guna sabun cuci lesung batu, cuma jirus air panas

MENARIK DIBACA: Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"

Wanita tersebut memilih untuk mendapatkan semula wangnya, tetapi tetap bertegas untuk mendapatkan penjelasan, malangnya pengurus bertugas tidak ada di gerai berkenaan.

Huang membuat laporan kepada Singapore Food Agency (SFA).

Pengalaman tersebut dikongsikan di media sosial dan menjadi tular sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Bagaimanapun, 'objek' berkenaan masih belum disahkan kerana SFA dilaporkan masih menjalankan siasatan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sambal Nyet Bilis hampir habis, individu kongsi tip letak petai agar tak lembik

Terhangat