Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"
NIAT di hati mahu menjimatkan masa dan memudahkan urusan memasak, namun tindakan seorang wanita menanak nasi bersama telur ayam dalam periuk yang sama mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga maya.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan berkongsi video dan gambar telur yang dimasak bersama nasi dengan meletakkannya terus ke dalam periuk ketika beras sedang ditanak.
"Siapa yang pernah rebus macam ni? Bahaya tak untuk kesihatan?" soalnya di hantaran tersebut.
Perkongsian itu dihujani pelbagai respon netizen yang rata-ratanya menegur tindakan berkenaan yang dibimbangi boleh menyebarkan bakteria berbahaya seperti salmonella.

"Bahaya sebab salmonella ni banyak kat kulit telur dan kita tak nampak, tahu-tahu jatuh sakit. Lagipun kulit telur ayam kat Malaysia ni banyak yang ada kesan tahi ayam macam mana la korang tak geli buat macam ni.
"Kulit telur tu ada beribu hingga berbelas ribu liang roma walaupun dah basuh bersih tapi salmonella tu ada. Bahaya 'sis ku'. Lagi-lagi yang bertepek najis. Ingat dah basuh bersih rupanya...
"Kulit telur ada beribu-ribu liang mikroskopik dan dilindungi lapisan luar yang berfungsi sebagai pelindung dipanggil 'bloom'. Sebab tu better lap sahaja telur tu jangan basuh. Kalau basuh kulit telur bersih-bersih pun nanti the bloom tu akan terhakis dan senanglah cangkang telur terdedah kepada bakteria," antara komen netizen.
MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok
MENARIK DIBACA: Wajah lebih berseri, parut pudar dan rambut berkilat lepas amal minum kolagen sisik ikan
Malah, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mengenai jangkitan bakteria berkenaan sehingga menyebabkan kematian.
"Aku pernah komen kat post macam sis ini sebelum ni dan ini kali kedua aku komen macam ni. Tolonglah jangan buat macam ni, mak aku meninggal sebab salmonella ni la.

"Bahaya, tolonglah jangan normalisasikan.
"Dulu ada kes kat Kedah kot rasanya ramai meninggal keracunan makanan sebab makan laksa yang direbus sekali dengan telur," komen beberapa warganet.
Tak kurang juga ramai meluahkan rasa jijik dengan cara yang digunakan.
"Kalau akak tahu berapa banyak bakteria dan kotoran dekat kulit terus tu even kau rasa kau dah basuh bersih-bersih pun kau takkan campur kot macam ni.
"Sumpah jijik, rajin la skit. Tanak nasi lain dan rebus telur lain," komen netizen lagi.
Seorang warga maya turut menegaskan bahawa cara itu melanggar kaedah asas penyediaan makanan yang selamat.
"Dalam kelas pengendalian makanan ada bagitahu tak boleh buat macam ni sebab akan berlaku pencemaran silang (cross contamination)," tulisnya.