info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Zhiddin Aziz kongsi pengalaman di Jepun, ramai setuju pakai 'glove' tak jamin makanan bersih

Lead Image

SETIAP kali melihat peniaga menyediakan atau mengendalikan makanan dengan tangan, perkara sering jadi perhatian pelanggan adalah pemakaian sarung tangan.

Perkara ini turut dibangkitkan oleh pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz, menerusi laman Threads.

Tampil memberikan pandangan, Zhiddin berkata penyedia makanan tidak memakai sarung tangan bukanlah sesuatu asing, malah ia sering dilihat di Jepun.

"Orang Jepun kita kenal dengan sikap utamakan kebersihan pun tak pakai sarung tangan. Tengoklah video ni, siap calit pakai jari lagi dekat muncung teko tu.

Kebersihan tangan dan cara mengendalikan makanan turut memainkan peranan penting.

"Malah kalau rajin tonton video masakan, cef Michelin pun ramai tak pakai sarung tangan ketika menyediakan dan menghidangkan makanan.

"Saya di Jepun pun jarang nampak peniaga makanan pakai sarung tangan," tulisnya.

Pempengaruh itu turut memuat naik video masakan tersebut sebagai rujukan warganet.

Hantaran itu kemudian mendapat perhatian ramai dan ruangan komen dipenuhi pengalaman serta pandangan netizen mengenai penggunaan sarung tangan dalam industri makanan.

Ada yang menceritakan pengalaman ketika bekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B), termasuk situasi sarung tangan sama digunakan untuk mengendalikan makanan sebelum menyentuh barang lain.

MENARIK DIBACA: Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!

MENARIK DIBACA: Ejen susu pisang dakwa ‘bergelut’ nak habiskan stok, kini cuma harap ‘balik modal’

"Saya pernah kerja F&B dan SOP menetapkan kena pakai sarung tangan bila kendali makanan. Tapi sarung tangan mereka pakai itulah untuk pegang makanan, sama juga untuk ambil barang di rak dengan peluh bertakung dalam sarung tangan. Kalau tak ada manager saya takkan pakai glove dan kerap basuh tangan sebab cara tu lebih bersih.

"Setakat ini tak pernah tengok lagi sushi master kepal nasi buat sushi tu pakai sarung tangan.

"Banyak saya tengok pakai sarung tangan dia sediakan makanan, nak bayar ambil duit pakai sarung tangan sama. Sambung sediakan makanan," antara komen warganet.

Selain itu, ada juga yang mengaitkannya dengan kaedah membuat roti canai yang secara tradisinya dibuat tanpa memakai sarung tangan.

"Itu sampai tebar roti canai pun dah ada pertikai, kenapa tak pakai glove sewaktu menebar," katanya.

Ada warganet berpendapat penggunaan sarung tangan getah semata-mata bukan penyelesaian kepada isu kebersihan.

Perkongsian netizen.

"Waktu taklimat bazar Ramadan tahun ini pun KKM tak benarkan pakai sarung tangan getah tu. Nak pakai juga kena letak sarung tangan plastik di luar glove getah tu, lepas tu kerap tukar.

"Dalam kursus pengendali makanan pun, glove tak wajib. Yang wajib tu penutup kepala, apron dan kasut bertutup, bukan selipar," komen netizen.

Terdapat juga netizen menyatakan bahawa tanpa memakai sarung tangan, pengendali makanan akan lebih peka terhadap kebersihan tangan mereka.

"Tangan yang selalu dibasuh lagi bersih daripada glove.

"Saya pernah kerja kat kedai piza, tukang buat dough tak pakai glove sebab SOP kena basuh tangan setiap kali nak buat dough.

"Kalau tak silap, kursus KKM pengendalian makanan pun tak galakkan pakai glove sebab pakai glove ni bagi 'false sense of hygiene'. Kalau tak pakai glove, automatik akan sentiasa basuh tangan sebab kita akan rasa bila ada kekotoran kat tangan.

Isu ini menunjukkan bahawa penggunaan sarung tangan sahaja tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak tahap kebersihan sesuatu makanan.

Lebih penting adalah pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri, memastikan kawasan penyediaan bersih dan mengelakkan pencemaran silang ketika menyediakan makanan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Umur 60 tahun langsung tak nampak tua, ini rahsia awet muda Chuando Tan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Penangan kicap Malaysia, lelaki ini tak boleh 'move on' lepas pulang ke Korea

Terhangat