info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Kunyah akar, roti beku dan biskut bayi jadi trend diet di China untuk kawal selera

Lead Image

APABILA membincangkan topik diet, makanan rendah kalori, saiz hidangan dan pengiraan kalori antara perkara menjadi keutamaan.

Bagaimanapun berbeza bagi sebahagian masyarakat di China khususnya golongan muda apabila mereka mula mengamalkan kaedah agak pelik dan menjadi ikutan di media sosial.

Menurut laporan media antarabangsa, mereka bukan sekadar memilih makanan rendah kalori, sebaliknya mencari kudapan keras dan liat kerana mengambil masa lebih lama untuk dikunyah.

Antara kudapan yang dikongsikan termasuklah dendeng daging, roti beku dan biskut bayi untuk tumbuh gigi. 

Kudapan liat dan keras didakwa membantu mengawal keinginan makan ketika bekerja.

Tekstur menjadi perkara penting kerana mereka percaya lebih lama mengunyah boleh membuatkan mulut sentiasa sibuk dan membantu mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.

Seorang wanita berusia 37 tahun dari Guangxi Zhuang, menerusi akaun media sosial miliknya turut berkongsi pengalaman menjadikan sejenis akar digunakan dalam perubatan tradisional China, dangshen sebagai kudapan.

Wanita berkenaan berkata dia kerap bersenam tetapi masih berdepan kesukaran mengawal keinginan untuk makan.

MENARIK DIBACA: Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!

MENARIK DIBACA: Pergi pasar raya, lelaki terkejut lihat harga buah dari Jepun! Persoal keistimewaan, siapa selalu beli

Atas sebab itu, dia mencari kudapan liat boleh dikunyah ketika bekerja tanpa menyebabkan dirinya makan dalam jumlah banyak.

Menurutnya, dangshen mempunyai rasa sedikit manis dan lebih digemarinya berbanding kudapan berperisa daging.

Sesekali, dia turut mengambil dendeng daging mempunyai tekstur liat, selain gula-gula getah tanpa gula.

Trend tersebut pada masa sama membuatkan beberapa makanan tradisional China bertekstur keras kembali mendapat perhatian.

Antaranya kek keras Zhoushan dari Zhejiang yang dikatakan mempunyai tekstur sangat keras sehingga diumpamakan seperti batu bata.

Kek beras pulut dikeringkan di bawah cahaya matahari ini pada asalnya dihasilkan supaya boleh disimpan untuk tempoh lama, termasuk bagi kegunaan ketika perjalanan ketenteraan dan pelayaran.

Lebih mengejutkan, ada juga diantara anak muda di China mengunyah makanan anjing untuk mengurangkan keresahan.

Kek beras goreng dari Guangdong serta penkek tradisional dari Shandong turut menjadi antara pilihan golongan yang mengikuti trend berkenaan.

Terdapat juga beberapa trend diet lain dalam kalangan anak muda China termasuk memilih makanan dengan indeks glisemik rendah serta trend dikenali sebagai 'makanan manusia',  potongan daging dan sayur-sayuran dibekukan.

Golongan muda di China turut didakwa mengunyah batang kunyahan anjing untuk membantu mengurangkan kebimbangan melampau. 

Walaupun kaedah ini dianggap sebagai salah satu cara untuk mengawal pengambilan makanan, dakwaan bahawa kudapan keras dan liat boleh membantu menurunkan berat badan masih belum disokong bukti saintifik kukuh.

Penyelidikan berkaitan aktiviti mengunyah lebih banyak menunjukkan potensi kaitannya dengan pengurangan tekanan mental, bukannya sebagai kaedah khusus untuk menurunkan berat badan.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Hati-hati beli ikan sesi 'live', scammer tunggu masa tipu pembeli... Ramai dah terkena!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kisar karipap jadi bubur, cara menantu beri makan mentua uzur jadi perhatian

Terhangat